Minda Fikir 2

Minda Fikir (2): Ulama Tempatan vs Ulama Antarabangsa

Seringkali dalam membincangkan apa-apa isu yang berlaku di negara ini, kita akan memetik pendapat ulama antabangsa. Petikan pandangan itu untuk menjustifikasikan hujahan kita tentang boleh atau tidak kebolehlaksanaan sesuatu perkara. Antara yang selalu dirujuk ialah Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili, Muhammad Said Ramadan al-Buti dan lain-lain.

Kita merasakan jika pandangan ulama antarabangsa itu dimasukkan dalam penghujahan kita, ia akan menjadi lebih kuat. Sebagai contoh, isu pelaksanaan Enakmen jenayah Syariah aka hudud, tiidak kurang pandangan ulama luar yang dipetik bagi menjustifikasikan hujah terutama ketidaksesuaian pelaksanaannya di Malaysia.

Adakah pandangan ulama luar adalah muktamad? Adakah ia adalah pemutus kata? Kita mahu menyelesaikan masalah setempat tetapi menggunakan pandangan ulama luar yang walaupun mereka tahu keadaan Malaysia tetapi tidak tinggal di sini. Persoalannya, pandangan ulama tempatan tidak bagus? Pandangan mereka bias?

Tidaklah salah merujuk pandangan-pandangan ulama luar. Namun kalau hanya menjadikannya satu-satu hujah atau pemutus kata bagi menyelesaikan isu tempatan adalah tindakan yang tidak tepat. Pandangan ulama tempatanlah lebih aula dijadikan pemutus kata kerana mereka lebih arif situasi di sini. Ia seiring dengan hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA:

أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ

Maksudnya, “Kamu (penduduk Madinah) lebih tahu urusan dunia kamu (di sini)”.

Saya masih teringat jawapan Allahyarham Dr. Aziz Hanafi rahimahullah dalam satu seminar anjuran INFAD di USIM beberapa tahun lepas. Saya bertanyakan soalan kepadanya tentang pengalaman beliau sebagai AJK fatwa Kedah dan sejauh mana ulama kita di Malaysia berani untuk berijtihad. Jawapan beliau dalam bahasa arab (kerana pembentangannya dalam bahasa arab seratus peratus):

نحن نستفيد منهم ولا نفيدهم

Maksudnya, “(Ulama) kita hanya mengambil faedah daripada ulama luar. (Ulama) kita tidak memberikan faedah (menonjolkan kemampuan) kepada mereka”.

Juga cerita sahabat saya PM Dr. WM Yusof Wan Chik tentang kata-kata Syeikh Farid Ansari seorang ilmuan/ulama Maghribi mengenai ketokohan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kata Syeikh, “aku pernah berjumpa dengan ramai orang alim tapi Abdul Hadi ini adalah seorang yang alim lagi faqih”.

Semoga Allah menguatkan ulama-ulama kita di Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s