Anak Tak Sah Taraf

πŸŽ™ *[FORUM BICARA ILMIAH 2.0 : ANAK TAK SAH TARAF ]*πŸŽ™

*_Pusingan Pertama_*

πŸ‘¨πŸ»β€βš– *Ybhg Dato Hj Zainul Rijal*

1⃣ Dimanakah Undang-Undang yang mentadbir isu Anak Tak Sah Taraf⁉️

πŸ“– Undang2 tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan (PP) dimana terdapat 2 badan perundangan yg utama membuat Undang2 [Parlimen & Dewan Undangan Negeri (DUN)].

πŸ“– Dalam Jadual 9 PP ada disebut :- Senarai 1 (Undg2 dibuat oleh Parlimen); Senarai 2 (Undg2 dibuat Negeri); Senarai 3 (Undg2 dibuat Bersama antara Negeri & Parlimen).

πŸ“– Dalam Jadual 9 Senarai 2 item 1 menunjukkan *kuasa buat undg2 mengenai kesahtarafan anak ini bergantung kepada DUN, dan Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa membicarakan isu ini*.

πŸ“– *Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri* telah menyebut berkaitan *kesahtarafan anak dari sek111 sehingga seksyen120*

2⃣ Benarkah wujud konflik antara Enakmen Keluarga Islam Negeri dan Akta Pendaftaran, Kelahiran dan Kematian 1957 (APKK) ⁉️

πŸ“– APKK ini merupakan satu akta tentang tatacara bagaimana daftar kelahiran anak, sijil beranak, kematian seseorang dll. Itu adalah undang2 prosedur.

πŸ“– Lazimnya *sesuatu undg2 prosedur perlu mengambil kira undang2 substantif yang ada (cntoh: enakmen undg2 keluarga islam negeri)*

πŸ“– *Kalau kita baca undang2 APKK secara berasingan maka akan berlaku konflik disitu akan TAPI jika dibaca bersama dengan undang2 substantif yang lain TIDAK SEPATUTNYA berlaku konflik antara undg2 prosedur dan substantif*

πŸ“– *Apabila undang2 prosedur bercanggah dengan undg2 substantif, undang2 substantif akan mengatasi TAPI di peringkat Mahkamah Rayuan perkara sebegini tidak berlaku*

Contoh keadaan:-

βž•Hakim Mahkamah Rayuan mengatakan dalam APKK ada kuasa, maka bolehlah di’bin’kan pada bapa biologi. *Ini yang akan menjadikan konflik.

βž•Bilamana tiba tuntutan harta pusaka di Mahkamah Syariah, Hakim akan melihat sijil kelahiran yang telah di’bin’kan kepada bapa biologi berkenaan maka anak tersebut sah sebagai ahli waris *sedangkan mereka tidak berhak mempusakai harta pusaka tersebut*.Ini yang akan *memusnahkan insitusi keluarga Islam*.

βž• Konflik yang ada ini boleh dieelakkan sekiranya kita baca undang2 itu bukan secara tafsiran harfiah/literal akan tapi secara lebih meluas.

Contoh kes:

_R Rama Chandran v The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145_

Hakim Yusuf Chin kata

“Apabila datang satu undg2 prosedur, tidak akan memberikan hak kepada seseorang melainkan merujuk pada undg2 substantif yg akan berikan right pada kita”

πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™

*_Pusingan Pertama_*

πŸ‘³πŸ» *Ybhg Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim*

1⃣ Pandangan Ulama’ Muktabar berkaitan Anak Tak Sah Taraf⁉️

πŸ’  Majoriti ulama (maliki, syafie dan hanbali) – *MESTI mengambil kira perkahwinan itu sebagai asas utama yang menentukan anak yang lahir itu anak sah taraf*.

πŸ’  Sedikit *khilaf tentang pelaksanaan kaedah pensabitan nasab* melalui perkahwinan ini kepada beberapa pendapat:-

βœ” Majoriti kata bahawa akad nikah mensabitkan nasab dengan syarat wujud kemungkinan berlaku persetubuhan dari aspek zaman dan tempat

β–ͺ *Faktor Zaman* – jika seseorang berkahwin kemudian bercerai setelah akad nikah, maka nasab anak tidak boleh ditetapkan kepada suami. Begitu juga jika anak itu lahir kurang enam bulan qamariyyah selepas akad nikah, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada ayah biologinya kerana sekurang-kurangnya hamil adalah enam bulan.

β–ͺ *Faktor Tempat* – Seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita melalui walinya tetapi tidak pernah bertemu dengan wanita itu. Kemudian selepas enam bulan, wanita berkenaan melahirkan anak. Anak berkenaan tetap tidak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut.

πŸ’  *Mazhab Hanafi* kata *ikatan perkahwinan semata2 sudah memadai untuk menetapkan nasab*

πŸ’  *Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim* berpegang bahawa nasab *boleh disabitkan dengan membuktikan persetubuhan hakiki sekalipun zina*

2⃣ Pandangan Fatwa berkaitan Anak Tak Sah Taraf⁉️

πŸ’  Fatwa Wilayah2 Persekutuan memutuskan Anak Sah Taraf:-

– anak yang dilahirkan *lebih daripada 6 bulan Qamariah dari tarikh sesuatu pasangan ini diakadnikahkan ialah anaknsah taraf*

πŸ’  Kebanyakan fatwa negeri2 telah memutuskan dengan pendapat yang sama iaitu Anak Tak Sah Taraf:-

β–ͺ Anak yg dilahirkan di luar nikah samada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah;

β–ͺAnak yg dilahirkan kurg dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut taqwim Qamariah daripada tarikh persetubuhan

πŸ’  Sebaliknya fatwa perlis menetapkan “Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”

– beliau mengambil pendekatan pandangan2 ulama’ tertentu.

Catatan:-

πŸ’‘ *Exco Akademik, SALSOC* πŸ’‘

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s