Perihal WINS siri 3

PERIHAL WINS 2051 (SIRI 3)

❄❄❄❄❄❄❄

SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN ROH AJARAN ISLAM

1. WINS 2051 meletakkan Sejahtera dan Berkebajikan sebagai dasar bagi segala agenda yang dirangka. Kedua dasar ini bukanlah mimpi baru PAS, sebaliknya ia merupakan kesinambungan daripada pendekatan-pendekatan yang telah lama PAS perkenalkan.

2. Sejahtera menjadi sebahagian daripada tajuk ucapan dasar terbaru Presiden PAS dalam muktamar yang lalu, “Sejahtera Bersama Islam”. Sejahtera juga menjadi pendekatan politik terkini yang diperkenalkan PAS, “Budaya Politik Matang dan Sejahtera” (BPMS).

3. Sejahtera sebenarnya adalah maksud dari agama Islam itu sendiri, yang datang daripada perkataan salam (سلام). Islam adalah agama kesejahteraan. Dan Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk masuk ke dalam kesejahteraan secara total, dengan maksud berpegang kepada ajaran Islam keseluruhannya menerusi FirmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam kesejahteraan (Islam) secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

[Al-Baqarah:208]

4. Menerusi dokumen WINS 2051, PAS mentaarifkan sejahtera dengan lebih menjurus kepada realiti Malaysia, iaitu “Negara yang menjamin kesenangan, ketenangan dan kemakmuran kepada rakyat. Ini terhasil daripada gabungan prinsip Rukun Negara, pembangunan manusia dan ekonomi yang menekankan aspek keadilan kepada semua rakyat.”

5. Kepentingan membawa konsep sejahtera ke dalam negara adalah sangat penting supaya perubahan yang dituntut tidak menjadi huru-hara. Ini mengambil iktibar daripada perjuangan menuntut perubahan yang berlaku sepanjang sejarah hingga ke hari ini, seperti Arab Spring yang telah mencetuskan huru-hara sehingga negara menjadi lebih kucar-kucar daripada sebelumnya.

6. Kesejahteraan yang dibawa oleh PAS adalah dengan mengajak supaya kembali berpegang kepada prinsip dan nilai yang telah disepakati bersama. Contohnya lima prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, kedaulatan undang-undang, keluruhan perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan. PAS yakin sekiranya semua pihak dalam negara menghormati prinsip ini, kesejahteraan akan dicapai walaupun dalam memperjuangkan reformasi mahupun menjayakan transformasi.

7. Sebagai contoh, kita boleh memahami pembawaan PAS menerusi 7 kriteria BPMS, iaitu:

i. Politik Bertunjangkan Prinsip

ii. Politik Dakwah & Amar Makruf Nahi Mungkar

iii. Politik Penyelesaian Berasaskan Islam

iv. Politik Utamakan Rakyat

v. Politik Damai dan Diplomasi

vi. Politik Benar bukan Persepsi

vii. Politik Rasional dan Profesional

8. Berkebajikan pula menjadi istilah yang begitu sinonim dengan PAS sejak lama dahulu. PAS pertama kali memperkenalkannya melalui tajuk Ucapan Dasar Presiden PAS tahun 2011, “Membangun Negara Berkebajikan”. Tahun yang sama juga, PAS mengeluarkan Dokumen Negara Berkebajikan yang menterjemahan asas-asas yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS.

9. Kebajikan merupakan manifestasi pembawaan ajaran Islam. Perkara ini difahami menerusi tafsiran kalimah ‘khair’ dalam firman Allah:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

[Aal-E-Imran:104]

10. WINS 2051 mendefinisikan berkebajikan sebagai “Pemerintah dan rakyat saling bekerjasama melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan memberi manfaat kepada semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa.”

11. Dari taarifan di atas, dapat difahami bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza daripada konsep Negara Kebajikan (Welfare State) yang diperkenalkan oleh barat

, di mana “Welfare State” memfokuskan kerajaan semata-mata sebagai pembuat kebajikan. Negara Berkebajikan menuntut rakyat dan kerajaan sama-sama mengembeling bahu melakukan kebajikan kepada semua pihak yang memerlukan.

12. Dengan maksud yang lain, Selain mengakui peranan sebuah kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, PAS turut menyedari sebelum ini telah banyak institusi dan aktiviti yang diusahakan oleh rakyat tanpa peruntukan dan bantuan dari pihak kerajaan. Bahkan institusi dan akitiviti sebegini semakin bertambah dan maju kerana mereka diselenggara oleh anggota masyarakat sendiri.

Justeru PAS merasakan keperluan untuk kerajaan turut menghulurkan tangan membantu institusi rakyat terus maju. PAS juga akan melibatkan rakyat dari seluruh lapisan dalam memberikan buah fikiran dan cadangan bagaimana untuk membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini dari berbagai aspek.

13. Maksud Berkebajikan ini tidak terhad sekadar soal memberi bantuan kepada yang memerlukan sahaja sebagaimana istilah yang difahami ramai. Tetapi ia memberi maksud lebih umum iaitu segala kebaikan yang perlu untuk sebuah negara yang baik. Justeru di dalam Dokumen Negara Berkebajikan yang dilancarkan dahulu, PAS memfokuskan kepada 10 agenda utama:

i. Memperkukuh sistem Federalism

ii. Menambah Infastruktur sosial dan masyarakat.

iii. Mewujudkan Ekonomi Mampan

iv. Pendidikan Yang Berkualiti

v. Perkhidmatan Kesihatan yang Cekap

vi. Agenda Kebajikan Langsung

vii. Memupuk Gaya Hidup Kekeluargaan .

viii. Meningkatkan Produktiviti Belia Negara

ix. Memujudkan Kemudahan Prasarana Yang Berkualiti

x. Menghijaukan Alam Sekitar

14. Kesimpulannya, PAS masih mengekalkan visi dan misi dalam keberadaannya di arena negara. Dengan WINS 2051, visi PAS semakin jelas dan pencapaiannya semakin dekat. Walaupun pernah berlaku ribut dan pasang surut sepanjang memburu visi ini, tetapi PAS tidak pernah memberhentikan langkahnya, jauh sekali untuk memusingkan tumitnya.

25 Muharram 1439

16 Oktober 2017

(Alang IbnShukrimun)

Telegram:

telegram.me/AlangIbnShukrimun

Facebook:

fb.com/AlangShukrimun

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s