Perihal WINS siri 2

PERIHAL WINS 2051 (SIRI 2)

❄❄❄❄❄❄❄

FALSAFAH WINS 2051 BUKTI PAS TIDAK PERNAH U-TURN

1. WINS 2051 menggunapakai falsafah yang sama dengan tujuan penubuhan PAS. Fasal 5 ceraian 1 perlembagaan PAS menyatakan tujuan penubuhan PAS adalah “Membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.”

2. Pernyataan ini telah wujud sejak awal penubuhan PAS lagi. Menunjukkan PAS kekal istiqamah dengan perjuangan asal hingga sekarang. Tidak ada istilah berubah hala taju perjuangan atau u-turn. PAS tetap dengan agenda memartabatkan Islam sejak dahulu. Bahkan sebenarnya PAS semakin mengukuhkan tapak di persada politik negara dengan idealisme yang dibawa.

3. Mengenai tujuan penubuhan PAS yang juga menjadi falsafah WINS 2051 di atas, ia menunjukkan WINS 2051 satu terjemahan kepada perjuangan daulah Islamiah atau konsep negara Islam yang sejak dahulu dicanangkan, tetapi kini dalam versi lebih membumi. Jika dahulu fasa PAS membina teori, kini PAS sudah di ambang perlaksanaan.

4. Jika kita meneliti satu persatu maksud falsafah WINS 2051, pertama ia menerangkan tentang komponen negara yang terlibat iaitu penduduk dan kerajaan. Bermakna tanggungjawab menjaga negara adalah di bahu semua pihak, tidak hanya terbeban kepada kerajaan sahaja. Kedua menerangkan tentang perubahan yang ingin dibawa iaitu supaya terlaksananya nilai-nilai hidup Islam serta hukumnya yang syumul. Ketiga menerangkan tentang matlamat yang ingin dicapai iaitu redha Allah SWT.

5. Berdasarkan kepada program-program dan polisi yang digubal oleh WINS 2051 sepanjang fasa-fasanya, jelas bahawa agenda negara Islam yang dibawa oleh PAS sebelum ini bukan seperti negara barbarik atau negara ala taliban seperti yang ditohmah. PAS bukan hanya tahu bercakap soal hudud sahaja seperti yang diwajahkan media.

6. WINS 2051 turut menekankan soal kemajuan material negara, keharmonian antara kaum dan toleransi antara agama, kemajuan pendidikan dan sebagainya. Bezanya WINS 2051 turut menerapkan unsur spiritual dalam pembangunan fizikal sebagaimana ajaran Islam itu sendiri. Kerana PAS percaya kegagalan berbagai ideologi yang diperkenalkan manusia kerana hanya mementingkan aspek fizikal dan material, tanpa unsur spiritual.

7. Ajaran Islam menjadi teras pembinaan WINS 2051 meliputi sudut akidah, syariah dan akhlak. Kerana PAS memahami Islam tidak sekadar ajaran yang hanya membabitkan urusan manusia dengan tuhannya secara individual sebagaimana pemahaman agama yang diperkenalkan ideologi sekularisme. Tetapi Islam adalah ajaran yang syumul, dengan maksud menguruskan hubungan manusia sesama manusia dalam bab politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Juga Islam agama yang bersifat alami, dengan maksud menguruskan hubungan manusia dengan sekalian alam ciptaan Allah samada malaikat, jin, haiwan, tumbuhan, langit, bumi dan seluruh isinya.

8. Dalam membangunkan WINS 2051, PAS menggabungkan tenaga mahir dari bidang pengajian Islam dan juga bidang-bidang sains yang lain. Selain kumpulan akademik, ahli korporat, pegawai pentadbiran, ahli politik, profesional pelbagai bidang, aktivis masyarakat dan orang awam turut dilibatkan supaya teori-teori Islam yang begitu indah dan lengkap dari nas-nas al-Quran Hadis dan kitab-kitab alim ulama dapat diterjemahkan ke dalam bentuk yang praktikal, berskruktur dan jelas bukan sekadar retorik dan bermain dengan sensitiviti rakyat semata-mata.

9. Untuk memahami dengan lebih mendalam lagi berkenaan WINS 2051, teruskan mengikuti siri-siri tulisan ini. Pada siri akan datang akan dijelaskan pula tentang dasar WINS 2051, diikuti dengan rujukan, fasa, prinsip, teras, program, kpi dan kunci capaiannya.

19 Muharram 1437

10 Oktober 2017

(Alang Ibn Shukrimun)

Telegram:

telegram.me/AlangIbnShukrimun

Facebook:

fb.com/AlangShukrimun

#AiSPolitik

#SiriWINS2051

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s