Gagasan Ilmu PMUM

#GagasanIlmu PMUM
Berani saya katakan, sejak 10 tahun yang lepas Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) atau nama kegemaran HEP, MPPUM, gagal menganjurkan program yang menyentuh isu dasar seperti ekonomi, politik, dan pendidikan, serta menjemput para panelis dari kedua-dua pihak termasuk pihak pembangkang. Namun begitu PMUM pada sesi 2014/2015 telah membawa satu sinar yang mengfungsikan semula universiti sebagai satu medan perbahasan ilmiah yag terbuka. 
Sejarah Universiti Malaya (UM) pada era 70an cukup gemilang dan dikenang sehingga hari ini kerana keterlibatan dalam perbahasan isu-isu dasar negara, samada politik dan ekonomi, serta berani menjemput pelbagai tokoh dari kedua-dua pihak. Namun budaya perbahasan secara terbuka didalam universiti telah mulai mati selepas implementasi AUKU dan ia dapat dilihat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Kebanyakan program yang menyentuh isu dasar negara kerap kali dimonopoli oleh panelis dari pada Pro-Kerajaan dan susah untuk Pro-Pembangkang atau ahli akademik yang dilihat condong kepada pembangkang. Ini berlaku kerana pihak pentadbiran universiti dan kementerian gagal memahami fungsi asas sebuah universiti yang seharusnya terbuka dalam apa jua perbahasan khususnya dalam isu dasar negara.
Didalam sesi pemerintahan PMUM 2014/2015, program yang sejajar dengan Gagasan Ilmu telah 12 kali diadakan dalam tempoh 10 bulan pemerintahan. Antara program yang telah dijalankan oleh PMUM dan individu yang terlibat dalam menjayakan program Gagasan Ilmu ialah: 
1. Menganjurkan Malam Restu 1.0 – Mohd Faridzuan Karim

2. Persidangan Mahasiswa Universiti Malaya – Siti Fatimah Zahra Tube

3. Forum : GST Sejauh Manakah Menyelesaikan Krisis Ekonomi – Aaron Denison

4. Wacana : Kualiti Sistem Pendidikan Malaysia – Aaron Denison

5. Wacana Disebalik Seorang Pemimpin – Khatijah Azman

6. Sambutan Hari Pendidik UM – Uka Vanaja Subramaniam

7. Bicara Dekan : Mahasiswa dalam Masyarakat – Danny Sim Yong Seng

8. Bicara Siswa : Mahasiswa dan Politik – Ahmad Syamim Anuar

9. Malam Restu Ilmu 2.0 – Erfan Razeeq Ahmad Mohni

10. Forum on 1MDB Controversy : Lesson to Learnt – Saya Sendiri

11. Iftor Ramadhan Mega – Nik Muhammad Farhan Hakim

12. Forum Hudud : Menurut Perlembagaan dan Realiti Masyarakat Majmuk Malaysia – Khatijah Azman & Adrian Loo
Saya wajib nyatakan bahawa kelangsungan program yang berbentuk ilmiah dengan menjemput ahli politik pembangkang adalah natijah daripada perjuangan abang dan kakak kita yang mendesak agar kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa dipelihara, termasuk peristiwa Pidato Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.
Akhir Kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan mahasiswa UM yang secara konsisten mendokong Gagasan Ilmu sabagai agenda utama PMUM pada sesi 14/15 dan saya mengharapkan  barisan pimpinan mahasiswa yang bakal menaiki takhta pada sesi ini akan meneruskan Gagasan Ilmu sebagai diantara “key factor” dalam kepimpinan akan datang.
#BedahManifesto
Mohd Ammar Atan

7 September 2015
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=948657611843707&id=100000984315827

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s