Forex Trading HARAM

Implikasi dari individu yang mengatakan forex trading sebagai harus adalah :-

1. Dia anggap matawang sebagai komoditi yang boleh dijual beli untuk mendapat untung. Ini adalah pandangan kapitlist barat yang tamak harta serta tidak mengira halal haram.

2. Dia anggap matawang boleh disewakan. Hasilnya, tindakan itu akan sekaligus bakal MENGHALALKAN riba di bank konvensional kerana akan dianggap semua bank konvensional diharuskan menyewakan wang kepada pelanggan dengan mengenakan kadar faedah tertentu dan di akhir tempoh perlu dipulang semula barang sewaan iaitu wang pokok pinjaman. Itulah implikasi apabila menganggap matawang sebagai komoditi. Sedang ulama Islam silam dan kontemporari semua menolak anggapan matawang sebagai komoditi.
Itulah pendapat yang terseleweng dari kebenaran, tidak kiralah jika ia disebut oleh mana-mana ustaz pemain forex (biasanya bukan specialist bab muamalat walaupun dia mengakui dia mengaji Shariah kerana itu hanya asas sahaja). Justeru Forex Trading adalah HARAM sama ada ia dilaksanakan oleh individu mahupun oleh bank yang bayar cukai kepada kerajaan. Islamic banks tiada melakukan FOREX TRADING, jika ada, maka Penasihat Shariah mungkin terlepas pandang. Juga sebahagian Islamic Bank menggunakan Forex transaction sebagai hedging (lindung nilai dan risiko bisnes untuk pelbagai pihak) dan perlu difahami bahawa Forex Transaction itu TIDAK SAMA dengan FOREX TRADING.
Imam Ibn Qayyim dalam Al-Turuq al-Hukmiyah membidas tindakan menjadikan matawang sebagai barang komoditi dengan katanya :

ويمنع من جعل النقود متجراً ؛ فإنه بذلك يدخل على الناس من الفساد ما لا يعلمه إلا الله، بل الواجب أن تكون النقود رؤوس أموال يتجر بها، ولا يتجر فيها

Ertinya : Mesti ditegah bagi sesiapa yang menjadikan matawang sebagai barang dagangan kerana itu bakal menyebabkan kerosakan yang besar serta tidak dikethaui kecuali oleh Allah swt menyelusup masuk ke dalam masyarakat, bahkan apa yang WAJIB adalah, duit mestilah menjadi matawang yang orang berniaga melaluinya (sebagai perantaraan membeli komoditi) dan bukan pada matawang itu sendiri.
Imam al-Ghazzali juga sebelumnya di dalam Ihya ‘Ulumuddin (4/91) telah menyebut berkenaan kesalahan menjadikan matawang sebagai barang dagangan ini yang bakal merosakkan dan membawa mafsadah dengan katanya :

إنما حرم الربا من حيـث إنه يمنع الناس من الاشتغال بالمكاسب ؛ وذلك لأن صاحب الدرهم إذا تمكن بواســطة الربا من تحصيل درهم زائد نقداً أو آجلاً خف عليه اكتساب المعيشة,فلا يكد ويتحمل مشقة الكسب والتجارة والصناعة، وذلك يفــضي إلى انقطاع منافع الخلق، ومن المعلوم أن مصالح العالم لا تنتظم إلا بالتجارات,والحرف, والصناعة, والإعمار )
Manakala ulama besar mazhab Hanafi iaitu Ibn ‘Abidin mengatakan yang sama menegaskaan matwang bukan dibeli untuk dirinya sendiri tetapi ia adalah harga bagi barangan, lalu ia bukan komoditi yang harus diperniagakan. Katanya :

رأينا الدراهم والدنانير ثمناً للأشياء، ولا تكون الأشياء ثمناً لها.. فليست النقود مقصودة لذاتها, بل وسيلة إلى المقصود
#DrZaharuddinAbdRahman

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s