10 Perkara Sebelum Melangkah Ke Universiti

Besok 3 September, merupakan hari pendaftaran bagi kebanyakan universiti awam di Malaysia.
Maka, berikut ialah 10 perkara yang kau mesti ketahui sebelum melangkah ke alam ijazah sarjana muda;
1. Pengalaman sangat jauh lebih penting daripada markah merit.
Di universiti nanti, akan wujud segolongan insan melobi bahawa markah merit itu penting untuk dapatkan penempatan di kolej, markah merit itu penting untuk alam kerjaya dan lain-lain janji manis.
Pada saat itu mata dan fikiran kau akan dikaburi dengan merit merit merit sehinggakan kau percaya bahawa;
“Aku mesti dapatkan banyak merit kolej!”
“Aku mesti sertai semua projek kolej, projek universiti, dan segala mak nenek projek supaya aku kaya dengan merit!”
“Aku tak akan sertai mana-mana projek kalau tak ada merit!”
Ketika itu berlaku, kau perlu beristighfar sampai kembali rasional. 
Sertailah sesuatu projek atau persatuan kerana mahu;
+ Membina kemahiran kepimpinan;
+ Membina kemahiran bekerja secara berorganisasi;
+ Meluaskan jaringan kenalan (networking).
Semua ini jauh lebih penting untuk masa hadapan kau berbanding markah merit yang sementara.
Tambahan, ada kawan-kawan aku yang sangat aktif di kolej dan mendapat banyak merit tetapi tidak berjaya mendapatkan penempatan di kolej. 
Makanya, merit sahaja tidak menjamin penempatan di kolej. Kena jaga hubungan baik dengan pihak pentadbiran.
Tambahan dua, bila masuk alam kerjaya, majikan tak akan tanya ‘berapa banyak merit yang kamu ada’,tetapi mereka bertanya ‘apa pengalaman yang kamu ada dan bagaimana dengan pengalaman itu kamu dapat menyumbang kepada syarikat kami?’
2. Hubungan dengan senior mempengaruhi kecemerlangan.
Cemerlang di sini termasuk dalam aspek agama, akhlak dan akademik serta sesuai untuk dijadikan suri tauladan (role model).
Pengaruh senior sangat penting dalam mempengaruhi perjalanan hidup kau di universiti apatah lagi sekiranya kau jenis mudah terpengaruh dan jenis ikut-ikut.
Kalau senior ajak kau main DOTA, kau main DOTA.
Kalau senior ajak kau join zapin, kau join zapin.
Kalau senior ajak kau join MLM, kau join MLM.
Sebab itulah pentingnya kau ada matlamat sebagai seorang mahasiswa, agar kau dapat mencari senior yang mampu membimbing kau mencapai matlamat tersebut.
Sebaiknya, carilah senior yang cemerlang akademik, rajin ke majlis ilmu, yang ilmiah serta baik akhlaknya untuk dijadikan insan rujukan.
3. Matlamat hidup sebagai mahasiswa sangat penting.
Ada mahasiswa masuk ke universiti kerana segulung ijazah, ada mahasiswa masuk ke universiti kerana mak ayah pak cik mak cik suruh masuk universiti, ada mahasiswa sampai tahun akhir dia masih ‘lost’ dan tak tahu mengapa dia masuk universiti.
Berbeza pula dengan mahasiswa cemerlang, mereka mempunyai matlamat hidup yang jelas serta komited dalam usaha mencapai matlamat hidup tersebut.
Bina matlamat hidup dengan menyoal diri anda;
“Siapa aku pada 10 tahun akan datang, dan bagaimana aku dapat memanfaatkan universiti sebagai platform untuk mencapai kejayaan tersebut?”
“Selain daripada menuntut ilmu dalam bidang pengkhususan, apa lagi ilmu dan kemahiran lain yang perlu aku bangunkan untuk mencapai matlamat hidup aku?”
“Mengapa matlamat hidup ini penting dan mengapa aku mesti komited dalam mencapainya?”
Ingat, matlamat hidup biarlah besar dan jelas serta memberi manfaat kepada ummah.
4. Berkat dan restu pensyarah amat kita perlukan.
Selain daripada berkat dan restu ibu bapa, perlu juga kita dapatkan berkat dan restu daripada para pensyarah.
Masakan tidak? Daripada pensyarah itulah kita menuntut ilmu dan belajar.
Maka, adalah amat penting untuk kita menjaga hubungan dengan pensyarah dengan cara;
+ Memberi salam dan bermanis muka ketika berjumpa;
+ Mengucapkan terima kasih setiap kali selepas tamat kuliah;
+ Memohon restu dan doa daripada mereka.
Percayalah, hubungan baik dengan para pensyarah dapat memudahkan pelbagai urusan kita dalam menuntut ilmu.
5. Mahasiswa yang bijak mesti mahir mengurus kewangan.
Antara cabaran besar bagi mahasiswa adalah menguruskan kewangan dan perbelanjaan.
Tidak kiralah sama ada mahasiswa itu merupakan pemegang biasiswa, peminjam PTPTN mahupun mendapat tajaan PAMA.
Seorang mahasiswa yang bijak menguruskan kewangan mestilah;
+ Mempunyai daya menangguhkan kepuasan sementara demi kepuasan jangka panjang;
+ Mempunyai simpanan wang bulanan (paling mudah, simpan di Tabung Haji);
+ Mempunyai kemahiran membuat duit sampingan bagi menjana pendapatan sendiri;
+ Mempunyai kecerdikan kewangan (financial literacy) dengan cara menuntut ilmu di kursus pengurusan kewangan, membaca buku pengurusan kewangan dan lain-lain;
+ Mempunyai kemahiran mengatakan tidak kepada MLM!
Sebaiknya, anda mempunyai simpanan paling kurang RM 5,000.00 dalam akaun simpanan bagi digunakan sepanjang tempoh menjadi graduan dan mendapatkan pekerjaan.
6. Tingkatkan kemahiran adalah penting bagi mahasiswa.
Pada zaman moden ini, dunia pekerjaan memerlukan sumber manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran, tidak kiralah sama ada kemahiran insaniah mahupun kemahiran teknikal.
Antara kemahiran insaniah yang penting ialah;
+ Kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan;
+ Kemahiran berbahasa dalam lebih daripada tiga bahasa;
+ Kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dan lain-lain.
Antara kemahiran teknikal pula ialah;
+ Kemahiran menggunakan excel dengan cemerlang.
+ Kemahiran menyimpan dan menganalisa data.
+ Kemahiran menggunakan Adobe Photoshop dan lain-lain.
Selalu saya nasihatkan kepada mahasiswa; hidup di universiti ni jangan skema sangat (baca : sekadar menuntut ilmu di dewan kuliah), banyakkan juga usaha untuk meningkatkan kemahiran diri.
Rajin-rajinkan diri menyertai bengkel dan kursus yang dijalankan sama ada oleh pihak universiti mahupun pihak luar.
Pelaburan terbaik adalah pelaburan terhadap meningkatkan kemahiran dan potensi diri.
7. Bukan semua perkara dapat diselesaikan dengan pemberontakan.
Di universiti nanti, akan wujud segolongan mahasiswa yang semangat mereka berkobar-kobar berjuang menuntut hak itu dan hak ini.
Tapi sayang, kadangkala semangat itu disalurkan pada jalan yang salah seperti melakukan demonstrasi jalanan dan melanggar undang-undang universiti sehingga akhirnya memakan diri.
Tidak kiralah sekuat mana pun semangat kita berjuang dan seikhlas mana pun kita melaungkan ‘suara mahasiswa’, perlu kita rasional akan sejauh mana kapasiti yang kita ada untuk melakukan perubahan.
Dan apakah alternatif lain yang dapat kita lakukan bagi mencipta perubahan selain daripada memberontak dan melakukan pemberontakan.
Pastikan perjuangan kita berpandukan rasional, bukannya emosional.
8. Politik itu perlu tapi mesti berhikmah.
Mahasiswa dalam berpolitik terbahagi kepada 3 golongan;
+ Mahasiswa yang taksub berpolitik dan terpengaruh dalam politik kepartian.
+ Mahasiswa yang alergik dengan politik dan langsung tidak mengambil kisah berkenaan politik.
+ Mahasiswa yang cakna dengan politik serta mengambil keputusan rasional dalam melakukan tindakan.
Kawan-kawan, jadilah mahasiswa golongan ketiga dalam berpolitik nescaya kamu akan berjaya insyaAllah.
Politik adalah penting kerana politik berkait rapat dengan sistem pentadbiran dan polisi-polisi yang dicipta, tidak kiralah sama ada pada peringkat politik kampus mahupun politik nasional.
Maka, sebagai mahasiswa yang bijak, kita mestilah sentiasa cakna dengan isu politik semasa dan menilai menurut kaca mata rasional.
9. Tidak perlu berdebat mana yang lebih penting; sama ada akademik mahupun kokurikulum?
Di universiti nanti akan ada mahasiswa yang membangkitkan isu mana yang lebih penting sama ada kecemerlangan akademik atau aktif dalam berkokurikulum?
Jawapan terbaik bagi persoalan ini adalah, dua-dua penting.
Kecemerlangan akademik adalah penting kerana ia menjadi salah satu kayu ukur kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.
Sebaiknya, pastikan CGPA kita sentiasa di atas 3.50 atau paling kurang, di atas 3.00 kerana di luar sana masih wujud majikan yang menilai potensi bakal pekerja melalui CGPA yang mereka capai.
Pun begitu, perkara yang lebih penting daripada kecemerlangan CGPA ialah kefahaman kita dalam menuntut ilmu serta memanfaatkan ilmu tersebut demi kemaslahatan ummah.
Kecemerlangan kokurikulum juga amat penting kerana ia menjadi platform bagi membina kemahiran insaniah dan kemahiran kepimpinan seseorang mahasiswa yang akhirnya menjadikan mahasiswa itu graduan yang kompeten dan berketrampilan.
Mengapa perlu pilih satu antara kecemerlangan akademik atau kecemerlangan kokurikulum kalau boleh cemerlang dalam kedua-dua perkara?
10. Niat adalah penting dalam kehidupan mahasiswa.
Akhir sekali, sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang, kita mestilah sentiasa meluruskan niat melakukan setiap perkara kerana Allah SWT.
Tidak kiralah sama ada dalam menuntut ilmu, dalam berpersatuan, dalam berprogram dan apa jua perkara yang kita lakukan.
Dengan niat yang ikhlas, insyaAllah kehidupan dan tindakan kita akan lebih terpandu ke arah kebaikan.
Sekian sahaja 10 perkara yang anda mesti tahu sebagai seorang mahasiswa!
Akhir kalam, selamat menempuh alam ijazah sarjana muda dan semoga maju jaya. InsyaAllah!
Amirul Eqhwan Rahim,

Penulis buku Henshin Mahasiswa dan Mahasiswa Bukan Robot.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s