RCI Memali Cetusan Idea Tok Guru

RCI MEMALI CETUSAN IDEA TOK GURU NIK AZIZ

❄❄❄❄❄❄❄
Ketika parlimen Malaysia bersidang tahun 1985, Dewan Rakyat gempar apabila isu tragedi pembunuhan Memali diperbahaskan. Bukan sahaja PAS, malah DAP turut menghentam kerajaan atas apa yang berlaku. Lalu ditubuhkan jawatankuasa siasatan di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat isu ini. Mereka kemudian menghasilkan kertas putih yang bertajuk Peristiwa Memali.
Tok Guru Nik Aziz menyatakan ketidaksetujuan beliau terhadap perkara ini. Antara kata-katanya: “Dia yang bunuh, dia yang siasat..”
Tok Guru memberi signal bahawa adalah sesuatu yang berat sebelah apabila pihak yang terlibat dalam isu tersebut menjadi penyiasat. Polis yang bunuh, polis juga yang menyiasatnya. Sudah pasti akan berlaku konflik kepentingan. Menurut disiplin Feqh Islam sendiri, disyaratkan agar pihak yang dipilih untuk mengadili sesuatu kes mestilah tidak memiliki sebarang kaitan dengan kes tersebut.
Dengan kata lain, Tok Guru ingin memberitahu agar penyiasat mestilah daripada mereka yang bebas dan tidak memiliki kepentingan. Mesti dari pihak ketiga. Justeru idea penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dibangkitkan hari ini adalah bertepatan dengan kehendak Tok Guru Nik Aziz. 
RCI adalah badan siasatan bebas yang ditubuhkan atas kuasa Yang Dipertuan Agong. Ia tidak dikawal oleh mana-mana pihak samada polis ataupun Umno-BN.
Sepatutnya geng PH menyokong penubuhan RCI ini, kerana mereka yang selama ini mengguna nama Tok Guru Nik Aziz bagi menghalalkan setiap tindakan mereka. Jangan hanya kerana sudah bersama Mahathir, mereka sanggup membuang aspirasi Tok Guru Nik Aziz begitu sahaja. 
Kepada Salahudin Ayub, saya harap beliau tarik balik kenyataannya. Memali bukanlah isu kecil yang boleh dilupakan begitu sahaja. Jangan anggap Memali lebih kecil dari isu 1MDB atau apa jua isu yang sedang mereka timbulkan. Kerana yang mereka timbul hari ini banyak berkenaan ekonomi dan politik sahaja. Sedangkan isu Memali adalah isu nyawa orang mukmin. Nabi SAW bersada membandingkan isu nyawa:

“لزوال الدنيا أهون عند الله من قتل رجل مسلم”

“Runtuhnya seluruh bumi ini lebih ringan di sisi Allah daripada pembunuhan seorang muslim.”

[HR Nasaie & Ibn Majah]
29 Zulkaedah 1438

22 Ogos 2017
(Alang Ibn Shukrimun)
Telegram:

telegram.me/AlangIbnShukrimun

Facebook:

fb.com/AlangShukrimun

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s