Keruntuhan Sekular: Iktibar

KERUNTUHAN SEKULARISME: IKTIBAR DARI TURKI, MESIR DAN TUNISIA
1.     Sekular telah gagal dengan terserlahnya kejatuhan pemimpin-pemimpin Sekular ketika peristiwa Arab Spring. Arab Spring menunjukkan pemerintahan Sekular Arab sudah gagal terutamanya di Tunisia.

 

2.     Post Islamism merupakan projek yang mengemukakan bentuk Muslim Demokrat tetapi kekalahan Rashid Ganoushi menunjukkan kegagalan Post Islamisme. Hanya Erdogen sahaja berjaya naik ke puncak. Itupun, Erdogen menafikan dirinya merupakan Islam Modernist. Dan kini, Erdogen telah meruntuhkan penguasaan tentara yang mengamalkan Sekular Keras.

 

3.     Sekular sepenuhnya di negara Islam telah gagal dan semi-Sekular dalam post-Islamisme telah gagal. Tinggal yang wujud adalah penolakan masyarakat Islam terhadap sekular dan ingin kembali kepada agama.

 

4.      Menyedari hakikat ini, bentuk Sekular dengan menggunakan demokrasi adalah gagal dan hampir gagal menarik sokongan masyarakat Islam. Hanya dua pilihan sahaja bagi golongan sekular untuk bertahan iaitu menggunakan ketenteraan sebagaimana dilakukan di Turki di zaman Kamal Attarturk, Mesir di zaman Jamal Abdul Nasir dan Tunisia di zaman awal kemerdekaannya atau meminta agar golongan Islamisme menerima semi-Sekular bersama mereka.

 

5.     Apabila menyedari golongan Islamis tidak menerima sekular sama ada sekular sepenuhnya atau semi-sekular, dendangan baru dari golongan sekular menyerang pemikiran Islamis dengan mewujudkan andaian bahawa Islamis telah gagal yang dipelopori oleh orientalis Barat seperti Oliver Roy dan Gilles Kepell. Idea-idea ini sering didendangkan oleh Dr Mujahid Yusof yang merupakan pemimpin Parti Amanah Negara.

 

6.     Pembuktian Islamis telah gagal dengan andaian semata-mata. Pembuktian telah gagal kerana:
Pertama: Tudingan terhadap golongan militant dan Mujahidin yang dikira dalam golongan Islamis.  Oliver Roy menyatakan bahawa Islamis Militan ini telah gagal kerana tiada sokongan masyarakat Islam. Tentu sekali masyarakat awam tidak menerima cara keras dan bersenjata bagi menegakkan Islam. Cara sepatutnya adalah melalui dakwah dan proses demokrasi.
Kedua: Islamis yang berkecimpung dalam proses demokrasi dikatakan gagal pula kerana dianggap tiada sokongan masyarakat Islam seperti di Tunisia. Padahal, rakyat Tunisia baru sahaja selamat dari diktator Sekular bernama Ben Ali.
Ketiga: Ikhwan Muslimin dikira Islamis dikira gagal kerana tiada sokongan masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi sejak rampasan kuasa Mesir. Pandangan ini tidak benar kerana pertarungan Ikhwan Muslimin dan tentera bukan dalam gelanggang yang sama. Ikhwan Muslimin menggunakan demokrasi dan demonstrasi. Padahal, tentera menggunakan senjata dan fatwa bekas mufti Mesir yang membenarkan pembunuhan demonstran.

 

7.     Hakikatnya, sokongan masyarakat Islam kepada Islamis tidak berkurangan. Islamis tidaklah gagal. Sebaliknya, sokongan masyarakat Islam kepada sekular benar-benar berkurangan. Sekular sebenarnya yang gagal kerana masyarakat Islam mula kembali kepada agama. Ini adalah hakikat yang berlaku di seluruh dunia. Keinginan masyarkat Islam di dunia Islam mempunyai keinginan terhadap agama termasuklah di Turki, Mesir dan Tunisia. Pandangan sebegini turut disebut oleh Francois Burgat.

 

8.     Golongan Islamis telah berjaya memacu dengan melihat perubahan masyarakat Islam untuk kembali bersyariat. Budaya gay dan lesbian yang disokongan golongan liberal, tiada tempat di hati umat Islam. Perundangan Islam semakin diminati dengan satu persatu negara umat Islam melaksanakan hukum hakam syariat. Bahkan, negara-negara Islam yang belum melaksanakan hukum-hakam Syariat terus mendesak agar syariat Islam menjadi teras dalam perundangan negara. Fenomena ini turut dirasai di tanah air Malaysia.

 

9.     Bukan setakat masyarakat Islam marhaen (bawahan) sahaja yang menyokong kepada perlaksanaan dan perjuangan Islam, bahkan golongan pertengahan dan atasan sudah menunjukkan minat mereka terhadap Islam. Fenomena ini tidak dapat dinafikan pada zaman sekarang. Islam dan Islamis sedang memacu dan mendapat sokongan rakyat. Malah, kesedaran anak muda sudah semakin bertambah terutamanya pasca Kebangkitan Arab.

 

10.   Sudah sampai masanya, para pencinta dan perjuang Islam tidak mendiamkan diri terhadap golongan sekular. Mereka sebenarnya sudah kehabisan modal untuk meletakkan kesangsian terhadap Islam dan syariat Islam. Sudah tiba masanya, kita pula mengatakan perjuangan Sekular telah gagal kerana sokongan masyarakat Islam terhadap Sekular semakin lama, semakin menurun. Malah, Sekular paling keras di dunia telah tersungkur di bumi Turki.
Siruu ala barakatillah.

 

Dr Muhammad Atiullah bin Othman

Akademi al-Ghazali

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s