Jaga Hati Dalam Dunia Media Sosial

Media sosial ibarat pedang bermata dua (double-edged sword). Satu sisi bermanfaat, sisi lain membahayakan.  
Kalau diguna secara betul, ia boleh dijadikan sebagai wadah percambahan idea, kongsi kegembiraan, bina ‘positive vibe’.
Kalau diguna dengan cara salah, ia boleh menyebar fitnah dan kebencian, menimbulkan keresahan, lebih teruk, jadi tempat pembiakan penyakit hati atau ‘diseases of the heart’ (أمراض القلب , amrad al-qalb). 
Hampir setahun saya menyelami dunia FB (sebelum itu saya tak aktif sebab ‘bahagia’ sangat hidup), dari 0 hingga ke 38,000 ‘followers’, saya dah biasa ‘deal’ dengan macam-macam orang yang tampak ciri-ciri penyakit hati.
Jangan ingat orang yang ‘berilmu’, ‘hebat’, nampak ‘alim’ tidak mempunyai penyakit hati.
Media sosial yang boleh memberi ‘instant fame’ dan ‘instant attention’ merupakan godaan besar bagi mereka yang berkemampuan untuk memburu perhatian dan pujian daripada manusia. Bagi yang kurang berbakat sebagai ‘social media influencer’, media sosial adalah tempat untuk menyalurkan segala ‘frust’ dalam hidup realiti. 
Ada jenis yang nak tunjuk dia ‘superior’ dari segi intelektual. Mereka menulis status bukan untuk memberi pencerahan tapi untuk memenangi debat dan menunjuk-nunjuk. Itu sikap bermegah-megah (فخر , fakhr) dengan ilmu yang akan melahirkan rasa bongkak dan sombong malah boleh jadi penyakit takabbur (تکبر) yang merasai hanya pendapat diri saja yang benar. 
Ada jenis yang terlalu menikmati imej dan reputasi mereka di media sosial yang tak dapat diperolehi melalui kehidupan hakiki. Maka mereka suka menyiarkan tindakan dan ucapan yang bercanggah dengan diri yang sebenar untuk menarik perhatian, demi memuaskan perasaan ingin disanjung. Itulah penyakit sumʿah (ﺳﻤﻌﺔ) yang patut dijauhi. 
Ada orang suka sangka buruk (ظن, zann). Kalau orang kerja kerajaan menulis, mesti dikata makan dedak. Kalau orang mengulas sesuatu isu berbeza dengan perspektifnya, mesti dituduh cuba memutar-belit. Label dan makian diberi dengan sewenang-wenangnya tanpa periksa dan bukti.   
Ada yang suka marah tak tentu pasal, beremosi bila membaca penulisan orang. Itu adalah antara sindrom penyakit ghadab (غضب) yang tak dapat mengawal nafsu ammarah, berpunca daripada hati yang tidak bersih, dan memberi kesan kepada akal. 
Kemudian kita ada ibu kepada segala penyakit hati iaitu hasad (حسد). Kerana hasad dengki dengan seseorang, penghasad bukan saja memusuhi orangnya malah segala tindakan dan kata-katanya walhal mengandungi kebenaran dan membawa manfaat. 
Di platform seperti Instagram, penyakit seperti riak (رياء) dan ujub (عجب) lebih tampak kerana itulah tempat bagi orang ‘show off’ kekayaan dan cita rasa hidup. 
Tujuan cerita benda-benda macam ini bukan nak tunjuk diri lebih suci, cuma sekadar ingat-mengingati. 
Dalam apa-apa keadaan pun kita kena menjaga hati kita, pastikan hati kita sentiasa ‘pure’ (salim) dan ‘sincere’ (ikhlas). 
Kerana pada Hari Pembalasan, kita tidak akan diukur dengan betapa banyak ilmu dan pengaruh yang kita ada. Malah amalan kita yang dianggap sebagai pahala akan jadi kosong kalau kita tidak memiliki ‘pure heart’ (القلب السليم , al-qalb al-salim). Allah melihat hati manusia. Rosak hati, rosaklah semuanya.
Dan juga bukan nak kata diri saya bagus tiada penyakit hati. Cuma saya sedar perkara itu dan tahu cara merawatnya.
Yang bahaya ialah mereka yang tak sedar. Perasan bagus tapi sedang melangkah masuk ke perangkap Iblis, langkah demi langkah.
Dan juga bukan suruh orang jangan kongsi pendapat di FB atau jadi ‘social media influencer’. 
Tapi kena hati-hati jangan jadi ‘lost’.
Kalau media sosial buat anda jadi semakin ‘harsh’, ‘self-righteous’, ketagih perhatian, menabur fitnah, hilang sahabat, maka dah sampai masa untuk menimbang semula cara penggunaan media sosial dan fikir cara untuk menyucikan (tazkiyah) hati.  
Perjuangan takkan berjaya kalau pejuang itu sendiri dah ‘rosak’ dari segi akhlak. 
Buku Sheikh Hamza Yusuf ini boleh dijadikan sebagai ingatan dan pedoman.
Ayman Rasydan Wong

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207445548016495&id=1821685114

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s