Forex Trading – Haram

PELABURAN FOREX 
Imam Malik rh tidak menggalakkan perniagaan tukaran wang (forex) kerana ia sangat dekat dengan riba, begitu juga Ibn Rushd rh, sarjana fiqh mazhab Maliki. Menurut Prof Dr Ahmad al-Sa’ad, sarjana fiqh muamalat di Yarmouk University, Jordan, atas sebab itu banyak penulis buku dan kitab meletakkan bab al-sarf (forex) dalam bab riba atau selepas bab riba. Begitu dekatnya forex (sarf) dengan riba. 

Kata Imam Malik: “Aku cenderung untuk tidak menyukai mereka yang menyertai perniagaan sarf (forex), kecuali mereka yang bertakwa”   

Dapat disimpulkan di sini, urus niaga tukaran wang, memerlukan pemantauan pakar Syariah yang bertaqwa secara maksimum. 

(Itu belum lagi termasuk forex trading yang berasaskan spekulasi sepenuhnya dengan platform yang belum pasti)

Betul, asal hukum dalam muamalat adalah harus, tapi apabila sudah masuk ke dalam bab forex (sarf), maka asal hukum di situ tidak lagi menjadi harus sepenuhnya, ia sudah memerlukan pemantauan Syariah yang teliti baru ia jadi harus. Itulah takwa yang dimasukkan oleh Imam Malik rh. 

Justeru apabila ada mana-mana pihak yang ajak anda join pelaburan berasaskan forex, (biasanya ada tanda FX), letak dalam kepala, ia haram di sisi Syariah, kecuali dibuktikan ada penasihat dan pemantauan Syariah. Sebabnya, kalau haram dalam forex, haramnya bukan dosa kecil, tapi dosa besar terus. Dosa besar! Dan anda tak rugi apa-apa jika tak masuk, sebaliknya anda kemungkinan besar terlibat dengan dosa besar jika masuk. Itu belum kira lagi soal scam atau tidak. 

Bahkan jika ada pelaburan forex yang menjanjikan keuntungan dan tidak rugi, walaupun keuntungan itu tidak tetap, ia sudah menjadi riba secara nyata. 

Bak kata sahabat saya pakar pengurusan kewangan peribadi, Afyan Mat Rawi, IFP, kalau dalam ‘investment’, setiap pelaburan adalah rugi, kecuali dibuktikan sebaliknya. Begitu juga dalam hukum pelaburan forex, anggaplah ia haram kecuali dibuktikan sebaliknya. 
Sama-sama ingatkan saudara mara dan sahabat kita tentang hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda:

“Akan datang kepada manusia satu masa yang mana seseorang itu tidak hiraukan daripada mana cara dia dapatkan harta, sama ada halal atau haram” (Sahih Bukhari) 
#fx #forex #sarf

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1107778492638232&id=400595843356504

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s