7 Jenis Karangan

TAKLIF SEORANG PENULIS
Abad ke-20 menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang media massa yang dipacu oleh kemajuan dalam bidang ICT sehingga ia berperanan besar dalam mengubah suasana kemasyarakatan, budaya, ekonomi, politik, pendidikan dan lain-lain. 
Kini kita hidup pada suatu zaman yang digelar zaman maklumat (information age), dan masyarakatnya digelar masyarakat maklumat (information society). Masyarakat Islam yang rata-ratanya tinggal di negara-negara yang digolongkan sebagai sedang membangun, mahu tidak mahu, bersedia atau tidak, mesti menyahut cabaran semasa ini. 
Bagi menyahut cabaran in dengan sewajarnya, dan bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dunia, umat Islam perlu memahami dengan mendalam masalah-masalah yang timbul hasil dari perkembangan dan penyebaran teknologi maklumat terhadap budaya dan cara hidup manusia.  Kini tiada lagi sempadan yang dapat menghalang kemasukan faham-faham asing ke alam pemikiran kita. 
Mengulas persoalan ini, Guru saya, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas mengingatkan:
“Saluran yang melancarkan penyeludupan faham-faham asasi yang asing itu adalah sistem pelajaran dan pendidikan yang dikuatkuasakan oleh kuasa-kuasa politik serta gejala-gejala pentadbirannya, dan seterusnya dibantu oleh golongan para guru dan pensharah dan golongan penulis yang menyamarkan faham-faham itu sebagai hasil sastera. Dan betapakah lagi kacaunya andaikata orang-orang yang mewakili kuasa-kuasa tersebut, dan guru dan pensharah dan penulis itu tiada pula memahami serta mengenali dan mengetahui benar-benar sifat serta hakikat kandungan faham-faham yang dikuatkuasakan dan dianjurkannya itu!” (Risalah Untuk Kaum Muslimin)  

 

Mengambilkira suasana semasa yang begitu gawat ini setiap penulis perlu menginsafi di mana kedudukan dirinya dan dalam golongan manakah dia tergolong, agar dapat dia memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri, seterusnya berdayausaha memperlengkapkan diri sewajarnya bagi menyahut segala cabaran.
Al-Qinnawji (m. 1889), seorang ilmuwan besar dari benua India, dalam karyanya yang terkenal, Abjad al-Ulum, membahagikan karangan (ta’lif) kepada tujuh jenis: 
pertama, sesuatu perbahasan yang baru diperkenalkan, justeru pengarangnya adalah pengasas perbahasan berkenaan; 
kedua, sesuatu perbahasan yang asalnya tidak sempurna lalu disempurnakan; 
ketiga, sesuatu perbahasan yang asalnya tidak jelas lalu dijelaskan; 
keempat, sesuatu perbahasan yang asalnya panjang lalu diringkaskan tanpa menjejaskan maksudnya; 
kelima, sesuatu perbahasan yang asalnya bertaburan lalu dikumpulkan; 
keenam, sesuatu perbahasan yang asalnya bercampuraduk dan mengelirukan lalu disusunaturkan; dan 
ketujuh, pembetulan terhadap suatu pandangan yang salah.  

 

Apa yang digariskan oleh al-Qinnawji ini membayangkan bagaimana para ilmuwan Muslim menanggapi ilmu dan tanggungjawab mereka terhadapnya. Penulis meletakkan dirinya pada kedudukan guru dan pendidik (mu’addib) yang menyumbang kepada perbahasan ilmiah sama ada dalam bentuk suatu perbahasan baru yang asli, atau sumbangan kreatif terhadap perbahasan yang sedia ada, ataupun jawapan kepada pandangan-pandangan yang salah dan mengelirukan.
Sumber FB: *Jong Kong*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s