Tidak Salah Bertanya

Tidak salah bertanya. 
Nabi Ibrahim AS juga bertanya kepada Allah SWT, bagaimana Dia menghidupkan semula sesuatu yang telah mati? Allah SWT bertanya adakah Nabi Ibrahim AS tidak percaya? Nabi Ibrahim AS menjawab, beliau percaya, cuma mahu mententeramkan hatinya. Lalu Allah SWT buktikan dengan menghidupkan burung yang telah mati.
Begitu juga Sahabat RA yang bertanya adakah strategi perang yang digunakan Nabi SAW ini wahyu? Jika wahyu beliau akan taat. Jika bukan wahyu, beliau ingin memberi pendapatnya.
Namun ada yang bertanya seperti Bani Israil tentang lembu yang patut disembelih sehingga timbul soalan yang remeh temeh, yang hakikatnya mereka hanya mahu menolak apa yang diperintah oleh Allah SWT. 
Bentuk setiap soalan adalah manifestasi tidak langsung kepercayaan seseorang. Boleh diringkaskan bahawa semua soalan “Kenapa atau Mengapa” membawa kepada persoalan aqidah tentang mentaati Allah SWT.
Adakah Tuhan wujud?
Jika tidak wujud, mengapa kita ada di sini? Apa keperluan untuk terus hidup dalam dunia yang tidak adil dan tidak aman ini jika kita mati, tiada apa-apa selepasnya – void, empty. Bagaimana pula sejahat-jahat manusia yang melakukan jenayah tetapi terlepas daripada pengadilan duniawi? Pengakhirannya sama seperti kita. Kerana tiada Tuhan mahupun Pengadilan Hakiki.
Tetapi jika Tuhan wujud, kita perlu mencari Tuhan yang mana satu, apa yang Dia mahu, mengapa kita di sini, ke mana kita akan pergi dan bagaimana dari sini kita hendak ke sana dengan selamat?
Muslim Liberal memperlekehkan Islam dengan status sinis. Mereka menyangka mereka mampu menjadi manusia yang baik tanpa bimbingan daripada karakter seorang Nabi. Manusia lebih mudah menerima Tuhan daripada ikon seorang Nabi atau ikon agamawan. Sebab itu serangan mereka tertumpu kepada Nabi SAW, “kebodohan” para Imam dan “kelembapan” institusi agama. Mereka meletakkan diri sama tinggi, bahawa mereka lebih mampu memahami apa yang dimahukan Tuhan berbanding seorang Nabi dan Imam.
Mereka mempersoal tentang Mariah al-Qibitiyyah, bahawa Nabi SAW melakukan zina (nauzubillah) kerana tidak menikahinya. Adakah kalau Nabi SAW menikahinya, mereka akan terima? Jawapannya tidak. Kerana mereka tetap menolak poligami. 
Dalam hal “berkahwin dengan anak zina sendiri” pula, mereka berbicara tentang isu Fiqh yang panjang lebar ini dalam ruang media sosial yang sempit, tidak kondusif. Pemilihan perkataan yang digunakan mereka membawa kepada ‘mental image’ yang berlainan.
“Adakah Imam Syafi’ie membolehkan berkahwin dengan anak zina sendiri?” dengan “Jika tidak boleh dinasabkan (tiada pertalian), adakah sah jika dinikahi?” – Kedua ayat ini membawa ‘mental image’ yang berlainan. BOLEH VS SAH ATAU TIDAK. Ia kelihatan simantik, tapi membawa kepada kesimpulan yang berlainan.
Muslim Liberal menyangka ikon Nabi SAW tidak diperlukan. Mereka tidak mahu menerima ada manusia yang lebih mengetahui daripada mereka. 
Simptom ini berlaku kerana ada keraguan kepada Tuhan, bahawa Tuhan telah menghantar seorang Nabi untuk manifestasikan kebenaran dan kebenaran ini terus akan dijaga oleh agamawan. Semua isu yang dibangkitkan mereka adalah kerana kesukaran menerima bahawa ada seorang manusia yang dipilih dan diangkat darjatnya oleh Allah SWT melebihi manusia yang lain.
Mereka menyangka mereka telah berjaya memperdayakan, walhal merekalah yang terpedaya. Hakikatnya soalan dan hujah mereka tersebut hanyalah satu bentuk ‘Bani Israil Moden’.
Rahmat Ali

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=591485617905995&id=100011336851840

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s