Review Buku Mahasiswa Menggugat

Mahasiswa Menggugat : Mohamad Abu Bakar
Mahasiswa Menggugat, sebuah buku yang disusun oleh Mohamad Abu Bakar, setebal 182 halaman, berkisarkan tentang kajian akademik beliau, mengenai dunia perjuangan siswa pasca kemerdekaan. Secara jujurnya, tempoh untuk menghabiskan buku ini sangat lama dek kerana fakta sejarah dan faktor mata yang sering dihasut untuk lena tatkala buku sejarah mula dibaca.
Latar belakang penulis
Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohamad Abu Bakar (Prof Mohamad Abu Bakar) dilahirkan di Marang, Terengganu. Merupakan lulusan B.A, Universiti Malaya dan M.A, Lancaster University (UK), beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Luar Negeri, dari 01/01/1971 sehingga 15/07/1971.
Sementelahan itu, beliau pernah menjadi Pemegang Geran Pengajar (UM), dari 13/09/1974 sehingga 26/04/1978. Sewaktu di Universiti Malaya, beliau pernah menjadi aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); pengarang ‘Mahasiswa Negara’; Presiden Kelab Perhubungan Internasional; penganjur kursus kewartawanan dan setiausaha ceramah-bahas. Beliau merupakan pakar dalam bidang sejarah; hubungan antarabangsa dan dasar luar negara Malaysia.
Prof Mohamad Abu Bakar juga merupakan penulis karya magnum opus ‘Mahasiswa Menggugat’. Buku ini menceritakan kelahiran gerakan pelajar/mahasiswa di UM. Buku yang mencerminkan kegiatan mahasiswa di lapangan politik ini, ditulis oleh Prof Mohamad Abu Bakar sewaktu menjadi tutor di UM dan telah diterbitkan oleh Pustaka Antara pada 1973.
Ulasan ringkas ‘Mahasiswa Menggugat’
Secara umumnya, fokus utama penulisan ini mengenai gerakan-gerakan mahasiswa Universiti Malaya  dari tahun 1958 sehingga 1971 dimana zaman tersebut dipecahkan kepada tiga zaman*:
Student Unity

Student Rights

Student Power
Tahun-tahun 60-an dan 70-an dianggap sesetengah pihak sebagai zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara ini. Dekad-dekad ini menyaksikan Universiti Malaya mudah mendapat liputan media berkenaan isu demonstrasi di dalam dan di luar kampus. Apa sahaja yang mereka lakukan mendapat sorotan media, secara meluas. Dan fokus utama gerakan mahasiswa pada zaman ini adalah ‘kebebasan akademik’ dan ‘autonomi universiti’.
Buku ini mencatatkan bagaimana pelajar Melayu ketika itu lebih menumpukan kepada isu nasional dan tempatan antaranya penggunaan Bahasa Melayu seperti Demonstrasi Papan Tanda, manakala pelajar bukan Melayu memfokuskan kepada isu sarwajagat antaranya Perarakan Menentang Sijil Kelayakan. Di dalam buku ini juga dicatatkan bahawa AUKU pada tahun 1971 adalah merupakan satu konotasi kesan daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah, kecenderungan pelajar menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.
Turut dicatatkan dalam ‘Mahasiswa Menggugat’ ialah penegasan bahawa mahasiswa terikat dengan ‘ collective responsibility’ iaitu tanggungjawab terhadap kecemerlangan akademik dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang akhirnya mampu menggerakkan usaha mensejahterakan kehidupan masyarakat umum. Meskipun terdapat karya-karya hasil penulisan antaranya  Politik Kampus: Di Sebalik Tabir tulisan Mohd Shuhaimi al-Maniri (1995), Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar tulisan Zainah Anwar (1990)  yang turut menjadi antara perintis berkenaan penulisan gerakan pelajar di Malaysia, ‘Mahasiswa Menggugat’ kekal menjadi karya besar – yang sering diperkatakan – dan dirujuk sehingga hari ini.
Mahasiswa – Cabaran Masa Hadapan
Subtajuk didalam ‘Mahasiswa Menggugat’ memfokuskan tentang cabaran perjuangan mahasiswa untuk terus ke hadapan walaupun AUKU diimplentasikan. Menurut penulis, sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas para mahasiswa di Malaysia adalah tidak begitu teruk, jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dan dari apa yang penulis perhatikan, kerajaan Malaysia masih memberi kepercayaan kepada kaum pelajar sebagai golongan yang akan bertanggungjawab untuk membangun masyarakat pada masa hadapan. Dan hal yang sama juga dapat difahamkan dari tindak-tanduk kerajaan Malaysia terhadap kegiatan-kegiatan pelajar di negara ini. 
Kegiatan-kegiatan politik pelajar di Universiti Malaya adalah refleksi dari sistem politik negara ini sendiri. Pemikiran yang bercorak demokratik dan liberal sebagaimana yang terdapat di Malaysia telah membuka peluang besar kepada para mahasiswa untuk berkecimpung dalam arena politik dan bukan menghadkan diri kepada aktiviti-aktiviti kebajikan di kampus sahaja. 
Berdasarkan hakikat ini, maka tidak hairanlah kalau kita dapati bahawa aktivisme-aktivisme oleh mahasiswa itu biasanya dalam bentuk sporadic, ditentukan oleh keadaan masa dan proses politik negara itu sendiri. Lantaran proses pembangunan negara pasti ada naik-turunnya, maka mahasiswa ingin juga membantu negara dalam meningkatkan pembangunan dari pelbagai sudut. Bagi mahasiswa itu sendiri, mereka ingin membuktikan bahawa apa yang pernah mereka laung-laungkan untuk perjuangan mereka bagi membangunkan bangsa semasa berada di Universiti.
Apa yang ingin saya tekankan disini, berdasarkan pembacaan buku ‘Mahasiswa Menggugat’ ini, dapat dikatakan bahawa masa hadapan bagi mahasiswa yang ingin atau ingin terus aktif dalam politik tidaklah begitu gelap seperti yang digembar-gemburkan. Pendek kata, kita tentu sekali boleh menerima pandangan bahawa mahasiswa ini diberi peluang untuk menyertai politik bukan sahaja berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang lalu, bahkan kita juga memandang kepada kebolehan atau skill yang ada pada mereka sendiri. 
“ Mahasiswa adalah pengundi, orang dewasa yang masih muda, bakal pemimpin dan opinion-maker masa hadapan.” – Dr. Hector Kinloch
Sebagai kesimpulan, Prof Diraja Ungku Aziz menyatakan bahawa ‘Mahasiswa Menggugat’ adalah bersifat ‘peneroka.’ Beliau menyatakan, “…Oleh itu wajib ia dibaca oleh semua orang yang ada hubungan dengan masalah pelajaran umumnya atau universiti khususnya dan pemuda pemudi umumnya serta mahasiswa khususnya”.
Belajar sambil mencabar

Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang 

Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin 

Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar. 

Prof Diraja Ungku Aziz –
Persoalan bagi mahasiswa semua, masih relevankah untuk menggugat ?

Boleh kongsikan pandangan anda melalui komen dibawah.
Rujukan :
Mahasiswa Menggugat, Mohd Abu Bakar (1973)

http://www.projekdialog.com/featured/gerakan-mahasiswa-dari-sebelum-jinjang-hinggalah-ke-sungai-buloh/

* https://www.youtube.com/watch?v=AX5Q349thlo – Fahmi Reza : Student Power

http://chedinsphere.blogspot.my/2012/03/buku-mahasiswa-menggugat-satu-magnum.html
Muhammad Arif Hazizan

Duta Akademi Pengajian Islam

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 16/17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s