Bunuh Diri dan Beragama

Bunuh Diri & Kepercayaan Agama
Pada tahun 2007, World Health Organization mendapati negara yang lebih beragama cenderung mempunyai kadar bunuh diri yang rendah.
Contohnya Filipina yang keagamaan masyarakatnya agak tinggi dengan markah 79 berbanding Jepun iaitu 29. Kadar bunuh diri di Filipina adalah 12 kali ganda lebih rendah berbanding di Jepun.
Gallup Pools ada buat bancian sebanyak 67 buah negara berdasarkan data yang diperoleh daripada WHO. 
Daripada statistik mereka, negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi adalah masyarakat yang kurangnya kepercayaan/ketaatan pada agama.
Kanada mempunyai kadar keagamaan sebanyak 49% dan kadar bunuh dirinya 12 orang daripada 100 000 populasi. Markah kepercayaan agama Estonia berada pada paras 21% dan kadar bunuh dirinya adalah 21 orang daripada 100 000 populasi.
Paling tinggi dalam statistik tersebut adalah Kuwait sebanyak 83%, dan kadar bunuh diri di negara itu adalah sebanyak 1 orang saja daripada 100 000 populasi. Thailand pula 8 orang dengan markah kepercayaan agama sebanyak 79%.
Jadi, adakah keagamaan mempengaruhi kadar bunuh diri?
Statistik yang sama juga ini pun menunjukkan negara yang kurang keagamaan adalah negara yang kaya macam Jepun dan Kanada contohnya, berbanding negara yang beragama. 
Negara beragama banyak yang miskin.
Tapi, hubungan antara kekayaan negara dan kadar bunuh diri tidaklah sekuat hubungan antara keagamaan dan bunuh diri.
Tapi macam mana pun, ada lagi satu perkara yang perlu dipertimbangkan. Negara-negara kaya dan maju mempunyai rekod dan dokumentasi yang bagus. Jadi, apa-apa kejadian bunuh diri mereka dapat jejak dan rekod dengan baik.
Benda ini berbeza dengan negara-negara miskin dan tak maju yang tak dapat merekod benda-benda ini dengan baik. Kadangkala tak ambil peduli pun.
Hipotesis yang dapat dibuat di negara yang mempuyai kapital sosial (komitment terhadap kesejahteraan sosial) yang tinggi boleh jadi sebab utama kenapa negara-negara ini mempunyai kadar bunuh diri yang rendah.
Tapi (dah banyak kali tapi dah), kalau kita jangka negara-negara yang ada kapital sosial tinggi yang menyebabkan kadar bunuh diri rendah, kita juga patut jangka kadar pembunuhan di negara-negara ini juga rendah.
Didapati negara-negara yang beragama ini, kadar pembunuhannya lebih tinggi berbanding negara-negara yang kurang beragama.
Pada tahun 2002, Sterling Hilton dengan kawan-kawan dia ada buat kajian menunjukkan anak-anak muda yang selalu terlibat dengan gereja mempunyai kadar bunuh diri yang rendah berbanding yang tak terlibat.
Daripada bancian ini juga, Gallup Polls dapati orang yang beragama menolak bunuh diri sebagai tindakan bermoral. 
Paling ekstrem pun di Perancis, sebanyak 40% populasi menerima bunuh diri sebagai tindakan bermoral dan 4% daripadanya adalah Muslim.
Jadi, agama berkemungkinan menjadi antidod kepada penyakit tujuan dan matlamat hidup manusia.
Kalau rajin, bacaan lanjut boleh tengok di The American Journal of Psychiatry ada buat kajian hubungan antara keagamaan dan kecenderungan bunuh diri.
Dia ada beritahulah sebab kemurungan, tak ada tujuan hidup, kurang bersosial apa semua, gangguan mental, apa semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s