Haram Riba 

Nak Beri Pinjam Wang Tapi Nak Caj%
Soalan: 

Salam Dr, kawan saya ada nak pinjam duit saya sebanyak lebih kurang RM30k. Jika wang RM30k itu saya depositkan ke dalam Tabung Haji saya akan dapat sekurang-kurangnya 5% setiap tahun.  Soalan saya, adakah boleh jika saya caj kepada kawan saya 5% setahun, memandangkan saya akan rugi 5% jika wang itu tidak dimasukkan ke dalam tabung haji. 
Jawapan:

Tidak boleh caj 5% dan jika caj itu dikenakan ia dianggap riba. 5% itu adalah hibah yang diberikan oleh tabung haji hanya saguhati sahaja. Sebab itu Islam menganggap memberi pinjam adalah seperti sedekah pahalanya, bahkan dianggap separuh daripada pahala sedekah. Dalam sebuah hadith, yang dipetik daripada Sunan Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda:

“TIdaklah seorang muslim itu jika dia memberi sedekah dua kali, kecuali dia akan mendapat pahala seperti satu sedekah” [Hadis dinilai Hasan oleh Sheikh al-Albani” Manakala dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang diceritakan oleh Ibn Mas’ud: Sesungguhnya memberi pinjam itu separuh daripada sedekah” [Dinilai Hasan oleh Sheikh Syu’ayb al-Arnaut]
Jika beri pinjam, anggaplah ia satu bentuk pertolongan dan ‘faedah’nya adalah daripada Allah sendiri. Ia bukan 5% berganda-ganda. Jika mahu keuntungan juga, gunalah akad lain selain pinjaman, contohnya pelaburan berkongsi untung dan rugi. 
Tegasnya, anda tak boleh jadikan % hibah tabung haji itu sebagai asas kerana hibah itu diberikan hanya atas budi bicara Tabung Haji sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s