Arab – English Lebih Tepat

BAHASA INGGERIS SEBAGAI PENGUKUR PEMAHAMAN PERUJUKAN MASA DALAM TEKS ARAB | 12/07/2017

===============================================
Bagi mereka yang mahir berbahasa Inggeris, terjemahan Arab – Inggeris adalah jalan terbaik untuk menentukan tahap pemahaman  terhadap teks bahasa Arab. Hal ini kerana kedua-dua bahasa Arab dan Inggeris mempunyai sistem kala yang disalurkan terus ke dalam bongkah dan juga rangkai kata ayat. Berbeza dengan bahasa Melayu di mana sistem kala kerap kali dijelmakan melalui konteks. Jadi kita sukar menentukan sama ada kesahihan sesuatu terjemahan itu benar-benar dilakukan atas dasar sedar atau secara kebetulan. Saya bagi contoh;
كَيْفَ عَرَفْتَ؟
Ayat ini bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kita akan kata, “Bagaimanakah kamu tahu?”. Bila terjemahan ini dilihat dari luar konteks, kita tidak dapat pastikan sama ada ia merujuk kepada masa  lepas atau masa hadapan. Berbeza dengan ayat Arab asalnya di mana ia dengan jelas menggunakan fi`il عَرَفْتَ yang menunjukkan masa lepas. 

Sekarang kita lihat terjemahan bahasa Inggeris pula. Terjemahan Inggerisnya ialah “How did you know?” menggunakan “did” yang menunjukkan masa lepas. Terjemahan ini tepat dan menandakan bahawa penterjemah menyedari perujukan masa yang dibawa oleh fi`il عَرَفْتَ. Jika ia menterjemahkannya sebagai “How do you know” maka terjemahannya itu salah. 
Contoh lain ialah لَمْ أَعُدْ إِلَى مَالِيزِيَا. “Saya tidak pulang ke Malaysia”. Walaupun ayat Arab menunjukkan tindakan lepas, tapi terjemahannya tidak begitu. Terjemahannya boleh menunjukkan perkara lepas dan akan datang. Kita boleh berkata “Saya tidak pulang ke Malaysia tahun ini / tahun lepas”. Tapi jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, bunyinya ialah “I did not return to Malaysia”. Terjemahan Inggeris yang menggunakan “did” ini walaupun di luar konteks menunjukkan masa lepas. 
Ayat “نَسِيتُ أَنْ أذْكُرَ..”. “Saya lupa nak sebut..”. Ayat ini boleh digunakan dengan bebas dalam semua sistem kala. Kita boleh kata “Saya ‘selalu’ lupa nak sebut”, “Saya lupa nak sebut ‘kelmarin’…” dsb. Berbeza dengan ayat bahasa Arab di atas di mana ia hanya boleh digunakan untuk masa lepas. Ayat seperti “Saya selalu lupa nak sebut..” tidak lagi boleh menggunakan fi`il نَسِيتُ, sebaliknya أَنْسَى.  Ayat Ara itu jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris akan berbunyi “I forgot to mention…”. Kalau kita menggunakan perkataan “forget” maka terjemahan kita akan terus dianggap salah kerana “forget” adalah padanan kepada أَنْسَى (fi`il mudhari’) sedangkan yang digunakan dalam ayat itu ialah نَسِيتَ (fi`il madhi).
Ayat تَعَامَلْتُ مَعَهُ contohnya. Ayat ini menggunakan fi`il madhi تَعَامَلْتُ. Jadi bila diterjemahkan, maka perkataan yang perlu kita gunakan ialah “dealt”[past simple], bukan “deal”. (I dealt with him). Jadi menerusi terjemahan Inggeris tersebut kita dapat tahu bahawa penterjemah memang benar-benar sedar dan peka terhadap perujukan masa yang terdapat dalam bahasa Arab. 
Ayat “لَمْ أُبَالِ” ialah “I didn’t care”, bukan “I don’t care”. Terjemahan Melayu, “Saya tidak peduli”. Jika dilihat terjemahan Melayu, kita tidak dapat pastikan sama ada penterjemah memahami perujukan masa rangkai kata لَمْ + فِعل مُضَارِع atau sebaliknya. Tapi dalam terjemahan Inggeris dengan mudah kita dapat tahu. 
Contoh lain ialah لَا أَدْرِي مَاذَا قَالَ سَمِير بَعْدَهَا “I don’t know what Samir said after that”. Kita ada لَا أَدْرِي oleh sebab itu kita terjemahkannya sebagai “I don’t know” dan kita juga ada قَالَ. Jadi kita terjemahkannya sebagai “said”, bukan “say”. Dalam terjemahan Melayu, kita kata “Saya tidak tahu apa Samir kata selepas itu”. Terjemah ini betul. Tapi kita tidak dapat menilai dengan mudah sama ada penterjemah benar-benar menghayati perujukan masa pada frasa لَا أَدْرِي dan juga frasa قَالَ. 
Namun begitu, saya tidak menolak bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu fi`il madhi misalnya tidak diterjemahkan menggunakan past simple, sebaliknya menggunakan base form dan perincian-perincian lain lagi seperti fi`il madhi yang terdapat selepas “rubbama” :  ربما صدقتَ “Perhaps you are right”. Seperti fi`il madhi dalam ayat syarat (Conditional and hypothetical sentences) : إذَا سَأَلَكَ أَحَد “If anyone asks you..”. Walaupun fi`il سَأَلَ digunakan, kita tidak boleh padankannya dengan “asked”. Ini perincian lain yang saya tidak mahu lebarkannya di sini. Tumpuan saya hanya pada “tali ukur kefahaman sistem kala dalam bahasa Arab melalui terjemahan”.
#UstazAshafizrolAbdHamid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s