Tekanan

TEKANAN
Pemergian vokalis Linkin Park kerana membunuh diri dijadikan topik hangat. Ya, perbuatan membunuh diri itu menjadi suatu perbualan yang hangat sehingga membicarakan hukum-hakamnya dari sudut agama dan perundangan. Jarang sekali mendengar sekali mengapa tindakan membunuh diri itu diambil. Apakah masalah peribadinya sehingga begitu.
Kematian vokalis ini merupakan lambang bagaimana seseorang yang mengalami tekanan masalah yang melampau. Masalah yang mengheret daripada sejak kecil. Yang terbina secara berlapis-lapis dengan masalah akan datang. Dugaan demi dugaan makin bertambah membentuk dirinya menjadi seseorang itu menjadi sangat pessimistik dan kurang percaya pada masyarakat sekeliling. Akhirnya menjadi seorang yang pendam dari sudut hati walau gembira di khalayak ramai.
“Ala. Aku pun ada masalah tapi aku rilek je.”
Ya. Benar semua manusia ada masalah. Tetapi jangan meletakkan diri kita pada seseorang yang ditimpa musibah sebegitu. Keadaannya berbeza berbanding kita walaupun musibahnya sama. Seseorang ditimpa musibah barangkali hanya satu perkara. Namun ada yang hadir dengan mengheret musibah-musibah lain. Ini yang menambahkan tekanan dalam dirinya.
“Ini sebab hatinya kosong dengan Tuhan.”
Benar hatinya kosong dengan Tuhan. Apakah menyuruh sahaja seseorang mengaji kitab agama, pergi ke masjid kemudian selesai masalahnya? Bagi sahaja Al-Quran sebuku di hadapannya maka terus berubah menjadi seorang yang positif seperti Wonder Pets? Kesemuanya dilakukannya seorang diri?
Tidak! Mereka memerlukan pembimbing yang mendorong mereka untuk melatih mengatasi tekanan mereka. Mereka memerlukan masyarakat di sampingnya mengeluarkannya daripada lubuk kegelapan yang selalu dialaminya. Dengan itu seseorang itu cuba mencari kekuatan di dalam dirinya kerana ada lagi orang yang masih berada di sampingnya. 
Maka ketika ini kehidupan bermasyarakat perlu diambil peranannya dikala sikap individualistik menusuk ke dalan setiap jiwa manusia. Perasaan kebersamaan akan membawakannya kembali mekar positif ibarat bunga yang berdiri segar setelah terbitnya matahari. 
Orang sebegini memerlukan kekuatan mental dan rohani. Juga memerlukan seseorang berada di sampingnya ketika diperlukan. Membawakan bersama ke tempat yang memberikan semangat kepadanya dan duduk bersamanya. Sekiranya beragama Islam, ajak bersama-sama pergi ke tempat beribadah dan tempat yang mengisi jiwanya dengan tarbiyah dan tazkiyah an-nafs. 
Salah satu punca keputusan membunuh diri diambil apabila sudah tiada siapa disisinya. Dunia ini baginya adalah seorang diri. Baginya semua adalah negatif belaka. Rakan tiada di sisi, teman kesayangan tiada di sisi. Sahabat mengendahkannya. Ada yang memerlinya. Maka di sini keputusan diambil dengan meninggalkan dunia kerana baginya sudah tiada apa lagi melainkan dirinya.
Ambillah perhatian kepada mereka sebegini sekiranya kamu mengetahui dan mengenalinya. Percayalah kamu bakal menyelamatkan jiwanya suatu hari nanti dan meningkatkan keluhuran budi dalam diri.
Berkata daripada seorang penghidap krisis eksistensial.
Fhadrul Irwan

#timJT
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1937779889828386&id=1390233337916380

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s