Perbaiki Page Confession

Hilal Asyraf(Official)

Yesterday at 2:36am · 
Page Confession & Kebertanggungjawaban.
Sejauh mana Page-Page Confession buat pemeriksaan latar belakang terhadap cerita yang disampaikan kepada mereka dan juga orang yang menyampaikannya sebelum mereka siarkan kepada umum?
Mengapa pencerita-penceritanya ‘anonymous’?
Siapa akan bertanggungjawah sekiranya cerita yang tersiar memberikan kesan negatif kepada mana-mana orang atau mana-mana institusi?
Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya cerita yang dikongsi merupakan cerita palsu dan tidak benar?
Adakah ‘confession’ digunakan itu kerana memgambil konsep ‘confession’ di dalam gereja? Pendosa meluahkan ceritanya kepada Paderi dalam keadaan anonymous. Bezanya paderi tak sebarkan cerita itu di luar ‘bilik pengampunan’. Tapi Page-Page Confession menyebarkan cerita si pencerita ke masyarakat, memberikan kesan kepada pembaca, mempengaruhi pembaca.
Jika ke arah kebaikan dan bermanfaat, tidak mengapa. Bagaimana jika ke arah keburukan? Sebagai contoh, kisah seorang doktor menyambut bayi daripada ex-girlfriendnya dan boleh terasa nak jatuh hati balik pada ex-nya ketika itu. Cerita apa itu? Benarkah? Dan apa manfaatnya hingga pihak admin Page Confession nak siarkan cerita tersebut?
Sekarang di minda ramai pembaca, sudah menular rasa fobia dan takut untuk bersalin disambut doktor lelaki. Tambah-tambah itu memang stigma yang sedia wujud dalam masyarakat kita. Cerita itu ibarat menyimbah minyak ke atas api.
Siapa akan bertanggungjawab terhadap impak buruk tersebut? Siapa akan clarify cerita itu benar-benar berlaku? Atau itu memang cerita palsu, direka-reka untuk buat orang lebih fobia dengan doktor lelaki menyambut kelahiran? Admin Page dapat sohihkan?
Itu hanya satu contoh.
Contoh lain, ada orang share keburukan jemaah-jemaah Islam. Rimas kena ‘tarik’ contohnya. Tak dinafikan berlaku. Tapi ianya masalah yang boleh diselesaikan. Bila orang yang cerita tu anonymous, kita tak dapat nak pergi berjumpa, periksa betul ke tidak, berbincang cari jalan penyelesaian yang lebih spesifik dan sebagainya. Akhirnya yang berlaku ialah penyebaran persepsi buruk terhadap semua jemaah dakwah(dah jemaah mana yang terlibat dalam cerita tu pun dia tak khabarkan), pada masa yang sama, masalah yang dihadapi itu pula tidak dapat diselesaikan. Dan lebih best, kita tak tahu pun cerita tersebut benar-benar berlaku kepada pencerita, atau pencerita sekadar nak jadi batu api lagi alang-alang kes tarik-menarik di universiti ni memang popular saban tahun.
Ini masalah.
Apabila Page-Page Confession timbul melata, penceritanya pula rata-rata anonymous, ia membuatkan muncul lebih banyak cerita tanpa ada sesiapa boleh dipertanggungjawabkan sama ada berita itu benar atau tidak, salah atau betul. Ini menjadikan orang lebih berani bercerita tanpa mengambil kira faktor impak, sensitiviti, dan juga benar atau batilnya sesuatu perkara. Kerana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan, tidak akan berjaya dicari.
Pada saya, kewujudan Page Confession itu sendiri tidaklah salah. Tetapi perlu kepada beberapa peningkatan & penambahbaikan. Antaranya:
*Menghentikan penceritaan Anonymous. Pencerita perlu bertanggungjawab atas apa yang diceritakan, dengan meletakkan nama sebenar dan lebih baik jika ada gambar diri sendiri. Berani cerita beranilah bertanggungjawab. Janganlah takut kena cari ke, kena kecam ke, kena tegur ke, kena siasat ke.
*Pengendali Page perlu usaha lebih dengan menyelidik apakah cerita yang dikongsikan itu benar atau batil, terutama cerita-cerita yang jelas sensitif dan kontroversi. Paling tidak, pengendali Page berani sebut bahawa Pengendali Page bertanggungjawab atas setiap cerita yang dikongsi.
“Susahlah camtu. Siapa nak share cerita camtu?”
Ya, memang susah. Sebab itu Ulama’ nak pastikan dapat hadith sohih, mengembara beribu batu, agar kita tak kena tipu dengan hadith palsu hari ini.
Disiplin yang sama juga perlu diterapkan untuk kita menyebarkan satu-satu berita. Bukankah Allah SWT telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah Al-Hujurat ayat 6.
Dan akhir sekali, tanggungjawab ini tidak jatuh hanya pada pencerita dan pengendali Page. Juga jatuh kepada follower Page yang like, share dan komen. Sebelum tunjukkan apa-apa bentuk sokongan terhadap cerita yang kita tak tahu hujung pangkal kebenarannya, rajinkan diri bertanya: “Betul ke cerita ni? Bukti mana?”
Jangan laju sangat tekan like dan share.
Moga terselamatlah kita daripada menyebarkan cerita yang palsu, tidak benar dan memberikan kesan negatif kepada diri dan masyarakat.
Sekadar pesanan untuk diri saya dan rakan-rakan di Page Hilal Asyraf(Official) ini.
Muhasabah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s