Misi Kemanusiaan Myanmar

*SATU USAHA, BUKAN SIA-SIA*
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my
YANGON: Keraguan yang wujud bahawa serahan bantuan melalui Kerajaan Myanmar tidak sampai kepada Rohingya tidak seharusnya hingga menganggap ianya sebagai sia-sia.
Sebaliknya Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar adalah satu usaha dari pelbagai rintangan yang ada, demikian gambaran diberikan Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, pihak penganjur telah memohon masuk ke Myanmar sebagai usaha membantu dan pihak negara itu telah memberi keizinan secara bersyarat ke atas misi tersebut.
“Maka kita menunjukkan pula kesediaan bekerjasama bagi membantu rakyatnya sendiri terutama mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan pihak terbabit. Namun, kita juga telah memohon supaya Myanmar memberi keizinan untuk kita mengedar sendiri bantuan.
“Khusus ecara langsung ke Sittwe dan Maungdaw. Bagaimanapun mereka enggan beri keizinan itu. Tetapi atas alasan kita masih mahu bekerjasama, maka kita patuhi syarat Myanmar itu,” ujar beliau kepada _Harakah_.
Maklum beliau, sekretariat bersetuju memberikan sebahagian kecil dari jumlah 2,600 tan barangan yang dibawa dari Malaysia itu iaitu tidak lebih dari 350 tan atau bersamaan 13.5 peratus.
Perinci beliau, barangan diturunkan di Myanmar itu terdiri dari 200 tan beras, 50,000 kotan mi segera, 24,000 kotak air minuman dan 10,000 kit kebersihan diri.
Tegasnya, jumlah kecil itu sebagai tanda akur syarat diberikan dan sebagai imbalannya misi dibenarkan memasuki Perairan Myanmar.
“Ini penting kerana kita hendak mengadakan misi kemanusiaan selanjutnya selepas ini. Walaupun kita ada kesangsian bahawa barangan mungkin tidak sampai, tetapi kita telah memohon supaya Pegawai Kedutaan Malaysia di Yangon memantau.
“Pengedaran atau pembahagian itu mesti dilaporkan kembali kepada sekretariat. Kita mengharap lebih 85 peratus lagi makanan dan bantuan lain kepada Rohingya yang kini menjadi pelarian akan mendapat manfaat dari misi ini.
“Mereka kini berada di beberapa kem di Bangladesh dengan jumlah lebih 30,000 keluarga,” ujarnya menegaskan bahawa dunia sedang memerhatikan situasi semasa ini.
Jelas beliau, jika Myanmar terbukti tidak menyampaikan bantuan tersebut, maka imej negara itu aka dinilai dunia di mana mereka boleh dilabel sebagai negara atau kerajaan yang tidak berperikemanusiaan.
Pihak Atase Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia turut kelihatan pada majlis serahan semalam dan difahamkan sedang mengadakan pemerhatian terhadap urusan tersebut.
_Harakah_ dimaklumkan, agensi antarabangsa seperti World Food Programme (WFP) juga telahndiminta memantau proses pengagihan di lapangan.
Sementara itu, kelewatan masuk ke dermaga Pelabuhan Antarabangsa Thilawa (MITT) tengahari semalam menyebabkan kerja-kerja menurunkan kontena barangan juga tertunda.
Urusan tersebut hanya selesai pada jam 7:00 pagi ini waktu tempatan (8:30 pagi waktu Malaysia), Jumaat 10 Februari selain disebabkan beberapa masalah teknikal.
Nautical Aliya dijangka meneruskan pelayarannya seawal jam 10:00 pagi ini setelah air pasang menuju ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh dan dijangka tiba pada Selasa 14 Februari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s