Manhaj Al-Azhariy

Manhaj Azhar dan Individu Azhariy
Oleh: Syeikh Abdul Fudail Al Qusiy 

(Mantan Menteri  Wakaf Republik Mesir)
Segelintir dari kalangan kita beranggapan bahawa Ilmu-ilmu yang dipelajari di Al Azhar berupa ilmu-ilmu yang diambil sana sini dan dikumpulkan setempat dengan tidak bersistem mahupun susun tertib , dan pengajian di Azhar itu hanyalah sekadar memenuhkan kepala seseorang dengan ilmu-ilmu klasik tersebut dengan cara ala kadar dan tanpa metod yang terperinci. Inilah fahaman yang tersebar luas dikalangan masyarakat yang hakikatnya perlu diperbetulkan.
Manhaj Azhar sebenarnya ialah satu rangkaian [ilmu pengetahuan] yang terbina dari beberapa skop-skop Ilmu pengetahuan yang datang secara berturutan: 
1.Skop Ilmu Pengetahuan yang bersifat Khusus.

2.Skop Pengetahuan yang bersifat Umum. 

3.Skop pengetahuan mengenai beberapa garis panduan (Dhawabit) serta disiplin-disiplin penting yang memelihara dan menjaga kedua-dua skop yang tersebut di atas..
Skop Ilmu Pengetahuan yang Pertama
Adalah Skop Ilmu pengetahuan khusus yang berkaitan dengan satu-satu ilmu tertentu. Sebagai contoh :Ilmu Fiqh, dan begitu juga halnya pada ilmu-ilmu yang lain.(Seperti Akidah, Falsafah Dll)
Skop Ilmu Pengetahuan yang Kedua
Adalah perkara yang berkaitan dengan Kaitan/Hubungan Ilmu – Ilmu islam yang khusus itu tadi antara satu sama lain dari sudut tertib dan darjat antara mereka. Juga berkaitan dengan apakah ilmu-ilmu yang perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum kita melangkah masuk belajar satu-satu ilmu, dan apakah ilmu-ilmu yang perlu dipelajari selepas mana selesai mempelajari satu-satu ilmu.
Skop Ilmu Pengetahuan yang Ketiga
Adalah perkara-perkara yang melibatkan Dhawabit atau disiplin-disiplin tertentu yang berkait dengan 2 skop yang terdahulu, dari sudut yang berkaitan akhlak-akhlak,adab-adab, dan panduan amali dan pengajarannya.Ini supaya sekalian pengetahuan tersebut dapat dimanfaatkan kepada manusia sejagat dan dalam masa yang sama dapat memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT.
Berbalik kepada  Skop Ilmu Pengetahuan yang pertama,benarkan saya, untuk bacakan kepada kalian 3 bait syair yang dihafal oleh pelajar-pelajar Azhar sejak mereka kecil lagi:

مبـــادئ كل علــــــــــــــم عشرة … الحـــد والموضــــوع ثم الثمــــــــــرة

Prinsip-Prinsip bagi setiap ilmu itu sepuluh perkara ; [1]Taarifnya, [2] Subjek perbincangannya, kemudian [3]Faedah 

ونسبــة وفضــــــله والواضـــــــــع … والاسم الاستمداد حكم الشــــارع

[4]Nisbahnya/kedudukannya [Di antara ilmu-ilmu], [5]Kelebihannya, [6]Pengasasnya, [7]Namanya, [8]Tempat ambilannya (sumber), [9]Hukum mempelajarinya

مسائـل ، والبعض بالبعض اكتفي … ومــن دري الجميـــع حاز الشرفــــا

Dan  [10]Penyata Pemasalahannya. Dan Setengahnya (yakni poin-poin tertentu darinya) dapat mencukupkan setengahnya yang lain.(yakni menyebabkan kita tidak wajib untuk mengetahui sebahagai yang lain) Namun barangsiapa yang mengetahui kesemuanya maka dia akan peroleh kemuliaan.
 Seorang pelajar Azhar apabila ingin mempelajari satu satu ilmu yang khusus, maka perkara pertama yang perlu dia ketahui ialah 10 perkara yang terdapat didalam bait syair tersebut .Dan secara ringkasnya 10 perkara itu ialah:

1.Takrifnya.

2.Subjek perbincangannya.

3.Faedah mempelajarinya

4.Kelebihannya

5.Siapa yang mula-mula menyusunnya

6.Apakah nama-nama lain bagi ilmu tersebut.

7.Sumber rujukannya

8.Hukum mempelajarinya di sisi Syara;

9.Apakah penyata-penyata ilmiah yang digunakan dalam ilmu ini

10.Kedudukannya disisi ilmu-ilmu yang lain 
Jikalau kita terangkan satu persatu prinsip-prinsip tersebut sudah tentu kalam ini akan menjadi terlalu panjang, tetapi perkara yang ingin ditekankan di sini ialah kita katakan sepuluh perkara yang disebut itu dikira sebagai matlamat yang diletakan dihadapan matanya bagi seorang Penuntut Azhar ketika dia mempelajari apa-apa ilmu sekalipun. Ini supaya dia dapat menilai kembali dirinya pada setiap ketika tentang sejauh mana sasaran tersebut telah dicapai atau yang belum dicapai, serta apakah sebab kegagalannya dalam mencapai sasaran tersebut.
Manakala Dalam skop yang Kedua,
Untuk menyempurnakan perletakan ilmu khas tadi pada tempatnya dari kalangan ilmu-ilmu islam yang lain, perlu di sana wujud satu ilmu yang terkadang dipanggil (ilmu Alat) atau juga dikenali sebagai (ilmu Wasail) .Ia perlu dipelajari sebelum memulakan pengajian ilmu-ilmu yang berikutnya . Di sana juga terdapat ilmu-ilmu yang dipanggil (ulum Al Ghaayaat) atau (Al Maqasid) yang perlu dipelajari juga setelah mana selesai menguasai ilmu khas itu tadi.
Begitu juga seorang pelajar itu tidak dibenarkan untuk belajar secara Meluas (Mausu’iyyah/Ensklopedik) pada satu-satu ilmu sebelum dia selesai mempelajari ringkasan (Mukhtasharat) bagi ilmu  tersebut.Juga dia tidak dibenarkan untuk mempelajari Syarah-syarah, Hasyiah-hasyiah, dan komentar-komentar yang terdapat pada “Hawamisy (Tepian) kitab” melainkan selepas dia selesai mempelajari Matan-matan dan ringkasan-ringkasan supaya dia dapat melangkah dari satu peringkat ke peringkat yang lain secara beransur-ansur dan berperingkat, mengikut tahap pemikirannya, umurnya dan psikologinya.
Penting juga untuk diingatkan di sini berkaitan dengan skop yang kedua ini, bahawa pemikiran Azharilah yang telah memperkenalkan 2 ilmu yang begitu terperinci dan halus bagi menetetapkan metod perbahasan bagi kesemua ilmu –ilmu yang saling berkait antara satu sama lain dalam skop yang kedua ini. Dua ilmu tersebut ialah Ilmu Adab al Bahs Wa Munazharah dan Ilmu Khilaf.
 Kedua-dua ilmu ini mengumpul sejumlah besar dhawabit/garis panduan yang penting untuk berhadapan dengan percanggahan antara pendapat yang berlaku. Ini supaya perbahasan yang asalnya bersifat ilmiah tidak bertukar kepada perdebatan yang tidak membawa sebarang membawa kepada konklusi mahupun faedah yang diharapkan. Jadi, tujuan asal yang tersemat pada minda setiap Azhariy ialah mencari Hakikat yang bebas dari sebarang kekaburan, dan terbuka menerima pendapat-pendapat yang pelbagai, seterusnya menimbang sekaliannya di atas timbangan Syara’.
Antara contoh-contoh bagi Dhawabit tersebut ialah :
1. Tidak tergesa-gesa dalam menghukum atau mengeluarkan keputusan.

2. Memberi sepenuh perhatian kepada  subjek perbincangan.

3.Mengakui sejak dari awal tentang titik tolak satu satu khilaf dan persetujuan,

4.Membezakan diantara perkara-perkara Qathie’(Pasti) yang perlu disepakati sebelum berbincang terlebih dahulu dengan perkara-perkara Dhzanniy(teori yang ditanggapi kebenarannya) yang fleksible kepada pendapat yang pelbagai.
Adapun Skop Ilm pengetahuan tentang Dwabit dan panduan penting bagi 2 skop pengetahuan yang terdahulu,
Maka Manhaj Al Azhar menanam pada setiap minda pelajar Azhar
1. Sikap Tawaduk ketika menuntut ilmu

2. Memadukan ilmu dengan amal

3. Sifat takutkan Allah sama ada ketika belajar mahupun mengajar.
Manhaj Al Azhar juga memberi peringatan kepada kepada pelajar-pelajarnya supaya mengetahui bahawa matlamat mereka menuntut ilmu bukanlah untuk :
1.Mendapat kedudukan yang tinggi di sisi masyarakat

2.Memperoleh kekayaan harta
Begitu juga Manhaj ini mengingatkan pelajar-pelajar supaya tidak biadap dengan agama Allah , dan menyuruh pelajar-pelajarnya mengunakan ilmu masing-masing bagi berbakti kepada insan sejagat, memudahkan kehidupan manusia, dan akhir sekali mengislah hal Dunia ini, dari sudut ketamadunan, pengimarahan dan kemajuan.
Siap Diterjemah pada :

28/6/2012
#TurathTerasPeradabanUmat
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1700108853596885&substory_index=0&id=1470042206603552

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s