Kemungkinan Nasib Guru?

[ BERITA BAIK UNTUK GURU ]
1. Saya lihat komen2 guru dalam group “Kami Guru Malaysia” ramai yg dok maki kerajaan dan share isu2 yg tak sahih. Adakah ini tahap mentality guru di Malaysia? Nauzubilla. Moga Allah jauhkan anak2 kita memperolehi guru seperti ini. 
2. Agak sedih bila guru2 yg sepatutnya bijak dan profesional lebih2 lagi apabila menerima berita atau isu dari golongan2 fasiq. Malangnya tidak. Saya percaya, tak semua guru2 seperti ini, mungkin sekitar 15%. Majority guru2 lebih kepada silent readers. 
3. Namun begitu, sy nak bagi tahu guru2 15% ni, adakah anda fikir jika pembangkang jadi kerajaan maka kalian boleh dapat bonus 2 bulan gaji? Apa anda fikir bahawa semua barangan keperluan boleh turun harga? Adakah anda fikir subsidi akan di kembalikan? Adakah GST dimansuhkan? 
4. Tiada mustahil di dunia ini. Sy percaya pembangkang akan buat. Tapi bila mereka buat, mereka perlu korbankan sesuatu. 
5. Kita lihat emolumen yg dibayar kepada penjawat awam, adalah 30% dari jumlah bajet keseluruhan. 30% adalah jumlah angka yg besar iaitu bersamaan RM 78 billion. Dan tidak heran apabila pembangkang berazam untuk membuang separuh penjawat awam apabila mereka berkuasa kelak.
6. Persoalan?? Siapa yg mereka akan buang? Doktor? Polis? Tentera? Guru??
7. Jumlah penjawat awam kini adalah 1.6 juta orang. Malaysia mempunyai penjawat awam yg ramai. Jika kita lihat UK, mereka memiliki hanya 1.2 juta penjawat awam, walhal penduduknya adalah 64 juta orang berbanding Malaysia 29 juta orang. Anda boleh lihat negara2 l membangun lain dan nisbahkan dengan penduduk negara mereka. Malaysia kekal tinggi.
8. Sekali lagi, siapa yg akan menjadi “mangsa” mereka?
9. Jom kita lihat statistik penjawat awam di Malaysia. Penjawat awam yg paling ramai di Malaysia adalah guru (> 400 000) berbanding polis dan tentera (200 000). Sudah nampak siapa yg akan jadi mangsa? 
10. Persoalan seterusnya adalah bagaimana mereka hendak kurangkan separuh guru2 ini tanpa mengganggu perkhidmatan pendidikan? Sudah pasti ada caranya. 
11. Lihat kembali sejarah. Guru2 pernah ditawarkan bercuti 25 hari setahun namun kena bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Namun, guru2 tidak bersetuju. Mereka lebih rela untuk cuti 7 hari setahun dengan 2 sesi persekolah. BN kerajaan yg prihatin. Mereka akur dengan permintaan guru. 
12. Sekarang, jika pembangkang memerintah, dan mereka mahu buang separuh penjawat awam, guru adalah profesion yg akan di lihat mereka. Mereka jadik cuti setahun guru 25 hari, dan guru yg sama berkhidmat dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Tidakkah separuh dari guru boleh “dijimatkan”?
13. Bukan saya nak menakutkan para guru. Tapi segala kemungkinan boleh berlaku. Mereka melihat 29 juta rakyat utk undi mereka. Mereka tak pandang 400 000 guru untuk undi mereka. 
14. Buang separuh penjawat awam, bermakna kerajaan yg dipimpini pembangkang kini boleh memperolehi jumlah lebih banyak dari kutipan GST tahunan. 
15. Adakah mustahil pembangkang akan hapuskan GST, tambah subsidi, harga kereta murah dan sebagainya? 
Jawab sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s