Berhati-hatilah Dalam Mengkritik

[ Menangkis Persepsi Terhadap Agamawan Islam ] 
Semalam saya terbaca penulisan seorang tokoh orang muda, saudara ZF Zamir.  
Saya tidak mengenali beliau secara detail mahupun secara peribadi.   Penulisan-penulisan beliau biasa muncul di News Feed saya melalui shares daripada rakan-rakan yang meminati dan menyokong apa yang beliau lakukan. 
Biasanya saya tidak membacanya, kerana setiap orang ada fokus dan minat masing-masing. Namun penulisan yang dipos oleh beliau semalam membuatkan saya menggeleng kepala, tidak mempercayai apa yang saya sedang baca. Bagi saya, penulisan sebegitu tidak patut ditulis oleh seseorang yang percaya akan ajaran Islam. 
Yang lebih haru adalah reaksi pembaca yang mengiyakan apa yang dinyatakan oleh beliau. Likes yang melebihi angka seribu, shares yang melebihi angka 200, dan hanya seorang dua sahaja yang mengkritik kembali penulisan beliau dalam lambakan komen tersebut, yang lain sekadar menambah perisa pos beliau. 
Bukanlah kita ingin menilai berdasarkan likes dan share, namun ia sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ramai yang menelan bulat penulisan tersebut, bersetuju dengan apa yang disampaikan. 
Saya ada memberikan komen balas saya, mengkritik penulisan beliau. Saya ternanti-nanti jawapan balas, namun masih tidak ada. Saya lihat di pos terbaru beliau, komen orang lain ada dijawab ‘2 hours ago’. Saya kira beliau telah membaca kritikan saya, namun tidak mahu membalas kembali. 
Secara peribadi, saya tidak berkenan dengan sikap pandai mengkritik tetapi tidak pandai menjawab. Sekiranya kita begitu berani menulis kritikan pada mulanya, kenapa tiba-tiba keberanian kita hilang apabila orang lain mengkritik penulisan kita? 
Intelektualisme adalah mutualisme ilmiah, bukan sekadar bertepuk sebelah tangan. 
Di bawah adalah kritikan saya terhadap penulisan beliau (baca dahulu pos beliau di gambar sekiranya belum)  : 
*************************
Salam saudara.
Sekadar beberapa kritikan terhadap penulisan saudara.
1. “Sampai satu masa tu aku rasa mual dan muak memikirkan takkanlah nak pancing orang masuk syurga guna modal perempuan dan seks lagi? Zaman kereta berjalan sendiri dah ni takkan Ustaz ni semua belum move on lagi? ”
Saya ingin bertanya, apakah maksud saudara dengan mual dan muak disini. Adakah dengan tibanya zaman moden, secara automatik nikmat syurga itu tidak boleh diceritakan lagi? Untuk kesedaran saudara, “perempuan” dan “seks” yang saudara sebutkan itu disebut di dalam surah al-Waqi’ah, dalam al-Quran. Bahkan inilah “pancingan” yang Allah berikan kepada manusia untuk mereka mengikuti agama ini.
Jadi, bolehkah saya deduksikan bahawa ayat saudara memperlekeh perbuatan ustaz yang memancing masyarakat dengan “perempuan dan seks” ini adalah sama sahaja seperti saudara memperlekeh Allah “memancing” manusia dengan perempuan dan seks?
Sekiranya tidak boleh, maka boleh saya tahu bagaimana pula pandangan saudara dengan ayat al-Quran yang menyebut tentang perempuan dan seks? Macamana kita nak fahami ayat-ayat tersebut dalam konteks zaman moden ini?
Seterusnya, sekiranya “zaman moden” sahaja yang dimaksudkan, maka adakah itu bermaksud saudara ingin mengatakan bahawa janji al-Quran itu tidak relevan sepanjang zaman, dengan mengecualikan zaman moden daripada disebut janji-janji Allah padanya?
2. “Bila nak cerita tentang keadilan? Tentang pentingnya amanah dalam negara atau tentang pentingnya mengkritik kerajaan yang korup?”
Boleh dikatakan bahawa masyarakat mengetahui takrifan adil sebagai “meletakkan sesuatu di tempatnya” adalah kerana ilmuan agama. Jarang kita dengar takrifan tersebut keluar daripada golongan liberal atau sekular. Maka, asas takrifan keadilan itu sendiri bukan diangkat oleh liberalis atau sekularis, tetapi oleh ilmuan agama.
Yang membezakan sekelompok masyarakat dengan yang lain adalah bidang keadilan. Bagi saudara, kerja kemanusiaan adalah keadilan, kerana saudara bergiat dengan kerja kemanusiaan. Bagi orang lain, keadilan disisi mereka adalah bidang yang berbeza.
Bagi seorang penuntut ilmu, konsep keadilan disisi mereka adalah menunaikan tugasan mereka dengan membaca dan mempelajari ilmu. Konsep keadilan seorang pekerja pula adalah dengan datang on time ke tempat kerja. Konsep keadilan bagi seorang pemimpin pula adalah dengan tidak melakukan rasuah. Begitu juga, konsep seorang ustaz adalah menerangkan hal ehwal agama, seperti peristiwa yang saudara ceritakan di atas..
Kesimpulannya, kita semua ada bidang keadilan masing-masing. Yang menjadi masalah adalah apabila kita mengkritik mereka yang tidak melakukan bidang keadilan yang kita buat. Hanya kerana kita ambil port isu rasuah, tidak bermaksud kita patut mengkritik mereka yang sedang menunaikan keadilan disisi mereka. Kalau kita buat kerja kebajikan, jangan marah orang lain tak buat. Nasihat, ya, bagus, tapi memperlekeh dan mengkritik dengan tajam?
Apa pendapat saudara sekiranya seorang ustaz mengkritik saudara kerana tidak mempelajari kitab al-Majmuk sepertimana dia belajar, lalu mengatakan bahawa saudara adalah jahil ilmu agama kerana terlalu obses dengan kerja kemasyarakatan?
Disana sudah ada ustaz-ustaz politik yang membawa agenda menyedarkan masyarakat tentang bahaya korupsi, bahkan boleh jadi ustaz yang menceritakan kisah bidadari di atas, setelah selesai, dia pula pergi masjid ke masjid menceritakan bahaya rasuah. That makes us the judgemental one
3) “65 tahun yang lepas, Za’ba dah nampak benda yang merosakkan pemikiran dan memundurkan masyarakat ni”
Kritikan saudara ini non-Sequitor. Perkara yang Za’ba sebut adalah jauh sekali berbeza dengan ilmuan sekarang ini. Jangan hanya kerana ada satu dua persamaan yang samar-samar, kita terus melakukan induksi bahawa ustaz yang menceritakan hal bidadari itu sama sahaja dengan apa yang Za’ba nyatakan. Bahkan disitu saudara telah judge seseorang based on 15 – 20 minutes of speech. Persepsi yang bersifat su’uz zhon seperti ini harus dijauhi saudara.
Sekali lagi saya ulang, comparison yang saudara lakukan kepada ustaz tersebut dengan ilmuan zaman Za’ba adalah incomplete comparison. Saudara tidak mempunyai maklumat yang cukup pun tentang ustaz yang menceritakan perihal bidadari tersebut, tetapi terus saudara induksikan bahawa ustaz itu sama sahaja dengan apa yang Za’ba ceritakan.
Ibarat mengatakan ayam adalah itik hanya kerana keduanya ada sayap. Saudara langsung tidak melihat dari sudut-sudut lain samada sama atau tidak. Jadi saya simpulkan comparison saudara ini juga non-Sequitor.
4) “Takkan pergi Jordan pergi Al Azhar balik masih cerita tentang 72 bidadari yang akan kita dapat kalau masuk syurga?”
Seorang engineer pulang membina bangunan. Seorang doktor pulang merawat pesakit. Seorang ahli ekonomi pulang menganalisis ekonomi. Apa yang saudara harapkan apabila seorang ahli agama pulang? Bercakap tentang politik sepanjang masa? Jadi dimanakah keadilan sekiranya duit rakyat habis berpuluh, bahkan beratus ribu untuk hantar mengaji agama, tetapi balik hanya bercerita tentang politik 24 jam? Inikah keadilan? Apa kisahnya pula sekiranya seorang pelajar medik yang habis berjuta duit rakyat di luar negara tetapi pulang tidak berkhidmat pun di hospital, hanya bercakap tentang politik. Itukah keadilan bagi saudara?
Permasalahan utama pada poin saudara adalah saudara hanya menyempitkan takrifan keadilan mengikut telunjuk saudara sahaja, iaitu politik. Orang lain pun ada akal untuk berfikir, jangan kita paksa mereka menerima pandangan kita sahaja sambil kita memperlekeh their own means of justice.
5) “Sebab itulah masyarakat sekarang obses buat ibadah sendiri-sendiri sembahyang tunggang tonggek tapi buat tak peduli dengan 1MDB.”
That’s my point. It’s a blasphemy really how you emphasize politics so much that it came to a point where justice does not mean anything except politics.
Kalau saya, saya katakan bahawa ustaz itu lebih memahami takrifan keadilan daripada pemahaman saudara. Skop keadilan disisi saudara sempit dan terhad kepada politik sahaja, sedangkan seorang ustaz apabila menyebut keadilan, dia tidak akan mengehadkan kepada politik sahaja, kerana keadilan disisi Islam merangkumi semua aspek kehidupan.
Learn to accept that life isn’t all about politics.
I don’t want to long my critics on how you relate ibadah sendiri-sendiri dengan isu politic. It’s waaaaay not related bro, non-Sequitor.
6) “Agama dah dilacurkan dengan meletakkan bidadari di syurga sebagai pancingan. ”
I hope you read this again, ada qarinah anda memperlekeh janji-janji Allah. Sekiranya agama hancur kerana meletakkan bidadari syurga sebagai pancingan, maka bukankah itu bermaksud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi agama hancur? Sebab konsep bidadari sudah wujud zaman Nabi lagi.
Jadi apa pegangan saudara sebenarnya, adakah agama itu hancur sekarang, atau dari awal lagi dah hancur?
7) “Jadi tiada lagi konsep keadilan di dunia kerana akhirnya semua orang pakat nak ikut Ustaz kumpul berapa banyak bidadari depa nak main dalam syurga nanti. ”
Konsep keadilan yang disempitkan oleh saudara yang menyebabkan saudara berfikir begitu. Dah jelaskan secara panjang di atas. Cuma jaga-jagalah dengan kata-kata tu, apa yang saudara rasa kalau para ustaz memperlekeh golongan aktivis kemanusiaan? So it’s fair when activists criticize scholars, but it isn’t when it’s another way around?
Mana keadilan saudara pula dalam mengkritik?
8) “Dan Za’ba dah tegur keras – sejak 1952 lagi.”
Way outdated bro. Even your comparison went astray when you tried to compare the modern scholars with the scholars in Za’ba’s time.
Jaga-jaga apabila bercakap pasal agama saudara. Satu ayat boleh membatalkan semua pahala yang kita pernah buat sejak kecil sampai sekarang. Kritik boleh, tapi berpada-padalah.

*************************
Kritikan saya diambil daripada yang asal. Masih ada lagi idea untuk mengkritik, cuma rasanya cukup dengan yang asal tanpa penambahan. 
Berjaga-jagalah dalam mengkritik, lebih-lebih lagi dalam perkara yang berkaitan dengan agama. 
WallahuA’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s