Akhir Zaman – Sebarkan Kedamaian

Sebelum TG Hj Hadi حفظه الله تعالى pergi ke Tehran untuk berdiplomasi, Syeikh Al-Buthi رحمه الله تعالى telah lama menyeru mengambil pendekatan diplomasi bila berinteraksi dengan kezaliman dan meninggal cara kekerasan. Waktu tu nasihat Syeikh Al-Buthi dibakul sampahkan. Moga-moga Allah memberkati usaha mereka berdua Ameen.
Penyelesaian cara kekerasan bukan jalan yang terbaik, terutamanya kita yang menjadi penghuni marhalah الصيلمة ini, zaman yang penuh dengan fitnah yang Nabi صلى الله عليه وسلم tasybihkan fitnah ini seperti potongan malam yang gelap gelita. Antara jelas tidak jelas, nampak tak nampak. Bila emosi dan hawa nafsu mendahului aqal. Ini yang Nabi صلى الله عليه وسلم sebut dengan  فتنة الهرج iaitu kita umat Islam berbunuhan sesama sendiri sehingga seorang lelaki akan bunuh jirannya, anak saudaranya dan kaum kerabatnya. Ustaz-ustaz semua boleh rujuk dalam Sunan Ibnu Majah riwayat Abu Musa Al-‘Asyari رضي الله عنه pada باب من ترجى له السلامة من الفتن. 
Guru Kami Al-Habib Abu Bakar حفظه الله تعالى  ketika mensyarah hadis ini menerangkan bahawa maksud perkataan Abu Musa Al-‘Asyari رضي الله عنه di akhir hadis :
 ( الا ان نخرج كما دخلنا فيها )
Iaitu hendaklah kita berpegang dengan manhaj As-Salamah dan khulasoh kepada manhaj ini iaitu masing-masing setiap daripada kita menjaga lidah daripada mencela dan menjaga tangan daripada menumpah darah. Inilah مخرج iaitu solusi kepada fitnah yang melanda umat hari ini.
Banyak lagi hadis akhir zaman yang menunjuk kepada kita bagaimana untuk selamat daripada fitnah. Sebahagian daripadanya riwayat Abu Daud : 

– (( كن كخير ابني ادم ))

– (( واضربوا سيوفكم بالحجارة ))

–  (( اذا كانت الفتنة بين المسلمين فاتخذ سيفا من خشب ))
Semua hadis tersebut mengisyarat kepada kita tentang jalan salamah ( kedamaian ) adalah jalan keluar daripada fitnah yang ditunjuk oleh Sang Rasul صلى الله عليه وسلم untuk umat ini. 
Kalau kita ta’ammul dengan hadis-hadis akhir akhir kita akan mendapati uslub Nabi bercakap ada 3 step semuanya :-
1) تشخيص الحال
iaitu mengkhabar apa yang berlaku kepada umat akhir zaman ini. Contohnya :
– (( اصابكم داء الامم))

akan menimpa kalian penyakit umat terdahuli
– ((سيصيب امتي في اخر الزمان بلاء شديد ))

akan menimpa umatku di akhir zaman ujian yang tersangat dahsyat ))
2) تحديد المشاكل

menentu punca masalah . Contohnya :
– (( البغضة والحسد ))

 Kemarahan dan hasad. Penyakit ini berpunca dari kurangnya/hilang tazkiyah an-nufus dalam rohani umat akhir zaman
– (( من سلطانهم ))
daripada sulthon mereka. Rumuz dalam ilmu Fiqh At-Tahawwulat maksud sulthon disini iaitu  Sulthon Az-Zaman
3) معالجة/مخرج
Solusi dan jalan keluar. Contoh :
– ((افشوا السلام بينكم))
Sebarkan kedamaian diantara kalian
– (( رجل عرف دين الله بلسانه ويده وقلبه ,فذلك الذي سبقت له السوابق ورجل عرف دين الله فصدق به، وللاول عليه سابقة ورجل عرف دين الله فسكت فان راى من يعمل بخير احبه عليه وان راى من يعمل بباطل ابغضه عليه فذلك الذي ينجو على ابطانه ))
Ketiga-ketiga kelompak yang berjaya ini ialah kelompak yang mengenal ugama Allah daripada rijalnya iaitu kumpulan yang sentiasa talaqqi ilmu An-Nabawi dn berdamping dengan para ulama’.
Saya lebih cenderung dengan jalanan yang diambil oleh Guru Kami Al-Habib Abu Bakar Al-Adni, Syeikh Abdullah Ben Bayyadh, Syeikh Saeed Ramadhan Al-Buthi dan mereka yang sejalan dengan mereka secara makna. Moga Allah meninggi darjat mereka. Ameen.
Muhammad Saeed bin Sori

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s