Politik Imam Ghazali

*WACANA BUKU : NEGARA MASLAHAH DALAM KONTEKS MALAYSIA*

1 Ogos 2017 | UTM KUALA LUMPUR 

_Dr. Syamrahayu Ab. Aziz_
Buku ini menceritakan tentang pandangan Imam al-Ghazali tentang ‘ketatanegaraan’.. 
Penulis mula menyedari bahawa pandangan Imam al-Ghazali sangat sesuai diadaptasikan pd masa sekarang.. 
Cabaran² yg dilalui oleh Islam dan institusi Islam utk disesuaikan pd masa kini.. 
ULAMA’ : Mereka yg merealilsasikan Islam dan menghubungkan para umara dgn syariah.. 
Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yg berilmu, kuat dan berdaya saing.. 
Dalam perspektif undang², BUGHAH ada syarat yg perlu dipatuhi.. Jika mahu lancarkan bughah, pastikan :  

1. Usaha itu mesti berjaya. 

2. Mesti pemimpin yg menggantikan itu lebih baik. 

_Dr. Amran Muhammad_ 
Imam al-Ghazali cemerlang dlm semua bidang (ahli falsafah, ahli kalam, tasawuf, usul fiqh).. 
Idea Imam al-Ghazali akan menyebabkan umat lslam maju dlm bidang sains, bukannya ideanya akan menyebabkan umat menjadi mundur.. 
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa konsep politik perlu diasaskan/dimulakan dgn akhlak yg baik (etika).. 
Malaysia merupakan negera yg sesuai (disebabkan faktor keamanannya) utk menghidupkan konsep politik Imam al-Ghazali.. 

_Dr. Yusri Mohamad_ 
Imam al-Ghazali merupakan umat yg x terpisah dgn sistem ilmu lslam yg baku.. Cth : Beliau mendakwa bahawa beliau masih mengikut fiqh mazhab syafie 
Imam al-Ghazali memperkenalkan istilah ulama’ suk (ulama’ sesat).. 
Jgn terlalu sibuk membaiki sistem dan menumbangkan kezaliman sedangkan masalah kejiwaan sendiri masih belum selesai.. 
Imam al-Ghazali menekankan soal mempersiapkan dahulu generasi yg layak utk mendapat pertolongan Allah..
Imam al-Ghazali menulis sepucuk surat bagi menegur pemerintah yg terkhilaf.. Teguran itu tidak dilalukan secara terbuka… Kerana pemerintah adalah mewakili sebuah institusi penting.. 
Kezaliman pemerintah tidak boleh dijatuhkan dgn cara yg salah (pertumpahan darah).. 
Kejayaan generasi Salahuddin juga berpunca drpd sumbangan idea & tarbiyah Imam al-Ghazali.. 

*PUSINGAN KEDUA*

_Dr. Amran Muhammad_
Imam al-Ghazali mementingkan ilmu dan adab (etika) dlm berpolitik.. 
Reformasi politik perlu bermula drpd perubahan diri sendiri dahulu (psychology).. Mulakan dgn soal keimanan.. 
Pendekatan ‘mengundur diri’ dahulu utk memperbaiki diri / membina ilmu itu dilakukan oleh Imam al-Ghazali dan Badiuzzaman Said Nursi (strategy retreat).. 
Idea ‘social change’ menyebabkan masyarakat porak peranda sejak beribu tahun lamanya.. Keperluan memperkenalkan idea ‘individual change’ adalah penting utk maslahah umat hari ini.. 

_Dr. Yusri Mohamad_ 
Kita harus kembali dan merujuk kpd buku² dan karya² ulama silam.. 
Marilah kita teruskan kajian terhadap pemikiran Imam al-Ghazali.. Jangan merasakan diri dan idea kita sudah perfect..

_Dr. Syamrahayu Ab. Aziz_
Sistem yg ada pd idea Imam al-Ghazali perlu diharmonikan dgn sistem yg ada di Malaysia.. 

Cth : sistem institusi diraja, dewan rakyat & negara.. 
Ahli akademik (ulama) perlu ‘berani’ utk membina masyarakat & ahli politik.. 
Berikan sumbangan kpd masyarakat dlm bentuk menulis dan nasihat.. 
Cabaran kita hari ini adalah ‘crowdecrasy’ (the crowd is leading).. Jgn biarkan crowd yg leads the leaders.. Kita harus memelihara institusi..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s