Melayu Mudah Lupa – Rekod Mahathir

JANGAN DIMAKAN SUMPAH MAHATHIR MELAYU MUDAH LUPA
 Tun Dr. Mahathir benar-benar ahli politik yang berpolitik sebagaimana seorang panglima perang memimpin peperangan.
Kekuatan musuh dicari dan dikaji. Mencatur pergerakan tanpa diketahui musuh. Sangat memberikan fokus kepada matlamat yang hendak dicapai, bukan kepada hal-hal remeh temeh dalaman.
Sebab itu kita tidak melihat Tun Dr. Mahathir dan team beliau tidak memanjangkan hal-hal sejarah kata-kata kesat, maki hamun yang dilontarkan kepada mereka ketika di dalam UMNO. Berbanding geng Reformis ’98 dan sebahagian yang lain dalam Pakatan Harapan.
Tun Dr. Mahathir juga tahu ahli politik lain mahu menggunakannya dan memperkudakannya. Oleh kerana rekod beliau sebagai Perdana Menteri yang dilihat berjaya membangunkan negara dan diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia menjadi aset untuk menarik sokongan orang Melayu. Tetapi beliau tenang dan tidak melatah dengan ucapan-ucapan yang menambahkan keraguan Pakatan Harapan terhadapnya.
Tatkala team lain dalam Pakatan Harapan sedang sibuk berbincang siapa yang akan ‘menelan’ siapa, berbincang mengenai PM yang interimnya silih berganti, timbulnya sikap syak wasangka antara satu sama lain, namun Tun Dr. Mahathir bersama teamnya dilihat tenang tanpa sebarang kenyataan yang boleh mengheret polemik menjadi panjang kerana mereka.
Tun Dr. Mahathir cermat mengamati sikap orang Melayu yang mudah lupa. Mungkin sikap pemaaf itu adalah sikap yang mulia dan sebati dalam jiwa seorang Melayu, dipergunakan oleh Tun sepenuhnya agar mereka yang lupa itu dapat memaafkannya walaupun tanpa dipinta.
Mungkin kerana itu jugalah ada yang marah dan menyerang PAS kerana tidak bersama Tun Dr. Mahathir dalam pakatan pembangkang yang baharu.
Marahnya mereka hingga mula memperkecilkan Kelantan kerana tidak maju sebagaimana negeri pakatan yang lain.
Dituduhnya PAS tidak pandai mentadbir. Negeri mundur tanpa pembangunan.
Dikatakan PAS tidak berjaya membangunkan negeri hingga anak negeri terpaksa berhijrah ke luar mencari pekerjaan.
Pandangannya sempit mengatakan tidak ada industri di Kelantan. Walhal skop industri sangat luas yang menanti perbincangan ilmiah dan berfakta.
Sungguh lupa ingatan mereka kerana mahu bersama Tun Dr. Mahathir.
Lupa bahawa Tun Dr. Mahathir yang menyekat pembangunan di Kelantan sejak hari pertama TGNA mengambil alih pemerintahan di Kelantan.
Lupa bahawa Tun Dr. Mahathir mengajar agar dilambat-lambatkan geran tahunan negeri.
Lupa bahawa bermula zaman Tun Dr. Mahathir menafikan semangat federalisma dengan menafikan hak rakyat Kelantan memiliki sebuah lebuhraya.
Lupa pengakuan Dato Seri Mustapha Mohamed bahawa beliau yang meminta kepada Dr. Mahathir agar disekat pembangunan di Kelantan.
Lupa bahawa Tun Dr. Mahathir yang menyekat royalti minyak di Terengganu, dan kemudiannya diteruskan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya Dato Seri Najib Tun Razak.
Lupa bahawa kerajaan BN menafikan hak Kelantan menerima royalti minyak dan peluang mendaratkan minyak di Kelantan. Sedangkan selepas itu, minyak didaratkan di Songkhla Thailand.
Lupa bahawa dua Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai mentor dalam politik hingga menurut jejak langkah mendiskriminasikan rakyat Kelantan.
Lupa bahawa pelabur-pelabur luar yang berpotensi membawa industri berat dan pembuatan di Kelantan mestilah melalui MITI, yang berada dibawah arahan dan kuasa Perdana Menteri yang mengambil sikap mendiskriminasikan rakyat.
Lupa bahawa bijih-bijih besi terpaksa diangkut melalui pelabuhan di Kuantan untuk dieksport ke luar negara. Sedangkan Kelantan berhak memiliki sebuah pelabuhannya sendiri.
Hingga tok lebai yang memerintah inilah terpaksa mengambil langkah proaktif dalam kekangan kewangan dan fasiliti yang terbatas, dengan membina kilang pemprosesan bijih di Kelantan pada tahun 2014.
Industri industri kecil dan sederhana berkembang seadanya sesuai dengan diskriminasi pusat. Pusat-pusat perniagaan, mall dan supermarket tumbuh bagaikan cendawan. Bandar-bandar baharu di jajahan-jajahan utama pesat membangun. 
Itu pun ada yang lupa usaha ini dibuat sejak tok lebai syariat ust mad yaakob mula memerintah pada tahun 2013.
Ok. Kalau orang tanya kenapa buat senarai ni?
Kerana ada yang sinis, dengan berkata “takde industri ke dalam syariat?”. Melenting apabila disentuh berkenaan sejarah Tun Dr. Mahathir.
Catatan ini turut dibuat agar kita cermat dalam memilih pemimpin. DNA yang mengalir dalam Tun Dr. Mahathir adalah DNA yang sama ada dalam UMNO hingga hari ini. Mengambil alih pemerintahan untuk kali kedua oleh Tun Dr. Mahathir tidak menjamin beliau tidak akan mengulangi perkara yang sama pada zaman pemerintahannya. Kerana rekodnya sangat banyak untuk dikenang oleh kita, oleh rakyat Kelantan dan khususnya TGNA yang lemah longlai memohon kepada tuhannya sebagai hamba di saat beliau dan rakyat di negeri beliau dizalimi.
Jangan kerana kuasa kita sanggup memakan sumpah yang pernah Tun Dr. Mahathir laungkan dulu bahawa Melayu mudah lupa! 
Walaupun mat sabu menyebut rakyat boleh menukarnya selepas berakhir tempoh 5 tahun, akan membentuk budaya tukar menukar setiap kali pilihanraya.
Ia tidak lebih melainkan menjadikan rakyat marhein sebagai tikus putih berskala besar dalam sejarah eksperimen pemerintahan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s