Kes Bunuh Diri P.Pinang

Aku dah baca status yang dimuat naik oleh si pembunuh diri di Jambatan Pulau Pinang semalam. 
Jujurnya, sedikit pun aku rasa tak sedih, namun, rasa kesal yang teramat sangat kerana banyak salah faham yang dialami oleh arwah. 
1) Kita semua perlu faham, menjual rokok seludup tertakluk di bawah Akta Kastam 1967 di bawah Seksyen 135. Khusunya, 135 (d) yang mengatakan:
=================================
“Dengan disedarinya melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai dalam milikannya atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk dilindungi, disimpan atau disembunyi, apa‐apa barangbarang tak berkastam atau barang larangan.”
==================================
2) Hukuman bagi seksyen akta ini adalah seperti yang termaktub di dalam Seksyen 11(1):
==================================

(aa) kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak lebih daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua‐duanya.
(bb) kesalahan kedua atau kemudiannya denda tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada 40 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
(ii) dalam barang‐barang tak berkastam, barang‐barang itu bukan yang berduti atau dilarang, boleh denda tidak lebih dua kali ganda nilai barang‐barang itu atau RM10,000 yang mana satu amaun yang lebih besar.
(iii) dalam hal barang‐barang larangan‐
(aa) kesalahan pertama bertanggungan dengan denda tidak lebih 10 kali ganda nilai barang-barang itu dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang‐barang itu atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua‐duanya; dan
(bb) kesalahan kedua atau kemudiannya didenda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barang-barang dan tidak lebih daripada 40 kali ganda nilai barang‐barang atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua‐duanya.
=================================
3) Hukuman-hukuman ini harus dikhatam terlebih dahulu sebelum menjual apa-apa barang seludup. Berani buat, berani tanggung. Ia sudah termaktub di dalam undang-undang Malaysia yang melarang mana-mana orang menjual barang seludup. 
4) Setelah ditangkap, mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas si arwah dan ia adalah keputusan mahkamah, bukan kerajaan. Apa yang perlu kita faham adalah Mahkamah, Kerajaan Malaysia mempunyai bidang kuasa Eksekutif, manakapa Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa Judiciary. Ia sangat berbeza walaupun ada pertalian antara satu sama lain. Apa beza kedua-dua ini, baiklah kau Google sekarang. Panjang pula nak tulis kat sini. 
5) Hendak mengatakan kerajaan zalim dan kerajaan tidak adil, kes rokok seludup ini sebenarnya ia tidak ada kena-mengena pun dengan kerajaan. Ia berkenaan dengan bidang kuasa mahkamah. Sekiranya mahkamah tidak menjalankan hukuman, maka barulah itu dipanggil zalim. 
6) Si arwah ada mengatakan bahawa kerajaan tidak adil kerana dia ditangkap, tetapi Ketua Jabatan Air Sabah yang terlibat skandal rasuah wang tempoh hari dilepaskan. Jadi dia  persoalkan, kenapa yang rasuah ni dilepaskan tetapi dia tidak? 
7) Persoalan ini kelakar sebenarnya, kerana Ketua Jabatan Air Sabah itu tidak dilepaskan pun. Ia hanya dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan kesnya masih disiasat. Dia pasti akan dibicarakan dan bakal menerima hukuman setimpal. 
8) Ada juga yang sinis mengatakan RM500,000 itu senang-senang sahaja boleh dibayar oleh Ketua Jabatan Air Sabah itu kerana dia dah cilok banyak duit. Jadi setakat RM500k tu takda hal lah. 
9) Padahal, kita perlu tahu bahawa mahkamah telah membeku kesemua harta dan akaun dia. Semua duit yang dia kebas dan hartanya sendiri tidak boleh dikeluarkan. Entah siapa tolong dia, tu bukan urusan kita. 
10) Yang penting, Ketua Jabatan Air Sabah itu bukan dilepaskan gitu saja. Dia bakal dibicara dan dihukum. Jangan risau. 
11) Aku tak nak ulas si arwah ni masuk neraka ke apa. Itu urusan dia dengan Tuhan. Tuhan saja yang aturkan hambaNya nak masuk ke tempat mana yang sesuai di akhirat nanti. 
12) Cuma, sekiranya dia membunuh diri disebabkan apa yang dia tulis di dalam status semalam, pada pendapat aku, dia pergi dalam keadaan yang sia-sia sebab ia tidak ubah seperti manusia yang ingin larikan diri dari dihukum selepas melakukan jenayah dan kesalahan. 
13)Ni pendapat aku. Kalau bagi korang dia pergi dalam keadaan yang kasihan dan dalam keadaan hero, itu kau punya pendapatlah. Aku malas nak debat hal ini.
14) Yang penting, apa aku tulis dalam ni tujuannya untok menghalang mana-mana orang untok menghalalkan benda yang sama macam lelaki ni buat hanya disebabkan kau berfikiran bahawa tindakan ini bagus dan perlu dikasihani.
15) Allah larang kita membunuh diri. Ia direct terus Allah sebut dalam Surah An-Nisa ayat 29: 
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
Dan di dalam Hadith, Rasulullah sebut:
Dari Abu Hurairah RA ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menerjunkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka dia di neraka jahannam menerjunkan diri di dalamnya, kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun untuk bunuh diri, maka racunnya itu di tangannya dia meminumnya di neraka jahannam kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu di tangannya dia melukai dengannya di neraka jahannam, kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya”. [HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Nasai]
17) Aku bukan orang kerajaan. Aku juga bukan macai mahkamah. Aku akur bahawa kerajaan sangat korup dan mahkamah ada pilih kasih dalam beberapa perkara seperti skandal Perdana Menteri kita. Tetapi untok mengatakan bahawa mahkamah zalim di dalam isu si arwah ni, ingat pesan aku: Kalau mahkamah tak tegakkan keadilan, itu barulah ia boleh dipanggil zalim. 
18) Aku mohon agar keluarga si arwah bersabar dan banyak doakan kebaikan ke atas si arwah. Status ini bukan nak singgung mana-mana pihak, tetapi ia hanya untok pengajaran. Aku secara peribadi mendoakan agar keluarga si arwah tabah menjalani kehidupan seterusnya dan baik-baik saja. 
19) Akhir kata, aku bukan nak judge si arwah ke apa. Macam aku cakap tadi, neraka syurga itu tertakluk di bawah urusan Tuhan. Cuma, status ini nak mengingatkan kepada yang masih hidup supaya kita tidak melakukan kesalahan yang boleh memudaratkan diri dan jangan berputus asa terhadap Tuhan.

Mufarwa Farid

Aikol Students
Copy Paste

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s