DS ANWAR IBRAHIM vs TUN MAHATHIR:
Agak ramai sahabat-sahabat FB saya kelihatannya agak agresif terhadap isu di atas,

Izinkan saya memberikan sedikit pencerahan semoga ianya mendamaikan.
Politik yang sifatnya sangat anjal ini haruslah diikat dengan NILAI dan KEMASLAHATAN yang pasti,

Kerana panduan berpolitik dengan Islam ini sandarannya ialah Nabi Muhammad SAW, 

Ambillah contoh ketika pembukaan Mekah sebagai bandingan ringkas, 

Kita boleh ambil ‘kerasnya’ keputusan Nabi ketika itu ATAU tebalnya belas kasihan baginda.
Baginda mengarahkan agar ‘Abdullah bin Khattal, Muqis bin Sababah dan Ikrimah bin Abi Jahl  dibunuh walaupun mereka memeluk kelambu Ka’bah (dengan harapan tidak dibunuh), 

Ini berikutan kuatnya permusuhan mereka dengan Islam dan Baginda SAW,

Ibn Khatal dan Muqis dibunuh ketika pembukaan Mekah (Asad al-Ghabah: 3/155)
Ironinya Ikrimah melarikan diri ke Yaman, 

Setelah beberapa ketika beliau menziarahi Baginda SAW di Madinah sebagai Muslim yang taat,

Lantas Baginda berpesan kepada semua sahabatnya agar ‘tidak menyakiti orang hidup dengan mencela orang mati’ (dengan maksud jangan mencela Abu Jahal yang sudah meninggal kerana akan menyakiti Ikrimah, anak Abu Jahal) 

(al-Isti’ab fi Ma’rifati al-Ashab 3/1082).
Safwan bin Umayyah antara perancang kuat bersama Abu Sufyan bin Harb ketika peperangan Uhud,

Bahkan beliau berjaya menjalinkan hubungan rapat dengan Abu ‘Azzah yang Nabi sudah ‘tawan hatinya’ agar memusuhi Baginda kembali,

Saat pembukaan Mekah Safwan memeluk Islam,

Baginda SAW bukan sahaja menerimanya bahkan memberikan serban Baginda  untuk dipakai oleh beliau. 

(al-Isti’ab fi Ma’rifati al-Ashab 2/718)
Kisah Abu Sufyan bin Harb yang sangat kuat memusuhi Islam itu sudah terlalu tersohor untuk dicerita,

Tetapi saat pembukaan Mekah Baginda bukan sahaja menerima Islamnya,

Bahkan Baginda mengiktiraf kemuliaan Abu Sufyan sama dengan kemuliaan Mekah. 

(al-Isti’ab fi Ma’rifati al-Ashab 4/1679)
Bukankah semua keputusan di atas berlaku di atas peristiwa politik, 

Belum ditemui rekod Baginda menuntut mereka untuk memohon maaf setiap inci sejarah mereka yang menjarah Islam.
Justeru,

Apa yang peliknya dengan ‘luka peribadi itu lebih kecil berbanding kepentingan rakyat’,

Kerana المصلحة العامة تقدم على المصلحة الخاصة
Ustaz Mohamad Ridhauddin

https://m.facebook.com/mohamad.ridhauddin/posts/10212127422693023

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s