Terpedaya Dek Anjing Dan Babi

DIPERDAYA DEK BABI & ANJING.
Ketika Aliran Tua dan Aliran Muda bersatu di Sumatera Barat untuk menentang penjajahan Belanda, ia dilihat sebagai ancaman yang perlu ditangani segera.
⚫ Akalan Penjajah.
Maka Belanda mengadakan makar yang cukup licik demi memastikan umat Islam di kalangan Aliran Tua dan Aliran Muda kembali berbalah masalah khilafiyyah. Pada masa yang sama Belanda ingin ‘memukau’ umat Islam agar secara beransur-ansur meninggalkan solat dalam keadaan mereka tidak sedar.
Untuk itu, Belanda mengisytiharkan pertandingan menangkap babi. Kononnya untuk membersihkan perkampungan muslimin dari babi yang dianggap najis. Mereka yang berjaya menangkap babi akan diberikan ganjaran oleh Belanda.
⚫ Polemik Khilafiyyah & Najis Berat.
Maka berebutlah orang ramai ingin turut serta dalam pertandingan tersebut, masing-masing terliur dengan ganjaran yang dijanjikan.
Sedangkan kaedah menangkap babi memerlukan anjing buruan. Lantas mula timbul polemik khilafiyyah tentang hukum-hakam anjing. Justeru umat Islam kembali berbalah tentang masalah khilafiyyah. Belanda tersenyum.
Lama-kelamaan aktiviti menangkap babi menjadi kebiasaan. Menyebabkan gaya hidup membela anjing juga turut menjadi kebiasaan. Anjing banyak berkeliaran hingga dibiarkan ‘berhabitat’ naik ke atas rumah. Maka kehidupan mereka dipenuhi najis berat. Ibadat terganggu.
⚫ Meninggalkan Tiang Agama.
Dengan gaya hidup serba kotor itu, mengakibatkan masyarakat Islam semakin malas menunaikan solat. Malas kerana mereka berdepan dengan kesukaran untuk bersuci. Setiap kali ingin mendirikan solat, perlu samak anggota badan. Leceh.
Akhirnya Belanda berjaya mencapai misi mereka. Melagakan sesama umat Islam dengan polemik khilafiyyah, sekaligus melemahkan umat Islam dengan memastikan umat Islam meninggalkan solat secara beransur-ansur.
⚫ Kitar Semula.
Penjajah dahulu menjalankan strategi yang licik untuk memerangkap umat. Jika dilihat apa yang berlaku hari ini, hanyalah kaedah kitar semula yang berulang-ulang. Malangnya kita umat Islam buta sejarah.
* Sejarah ini diceritakan oleh Ustaz Fadli Ghani ketika penulis bermusafir dengannya. Beliau merupakan guru sejarah yang tidak kedekut ilmu.
Abdul Mu’izz Muhammad

26 Julai 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s