Ulama’ Antara Rukhsah dan Azimah

PETIKAN UCAPAN DR ALI QURRAH DAGHI

Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia
ULAMA ANTARA RUKHSAH DAN AZIMAH
Sabda Rasulullah SAW

العلماء ورثة اﻷنبياء

“Ulama adalah pewaris Anbiya.”
Antara peranan ulama sebagai pewaris anbiya adalah menjadi qudwah (role-model) kepada manusia lain, terutama pada sumbangan dan pengorbanan. Oleh itu pendirian ulama perlu berbeza dalam hal mengambil rukhsah (keringanan yang dibenarkan syarak). Walaupun Islam mengharuskan, tetapi sebagai qudwah kepada manusia lain, mengambil Azimah (hukum asal) adalah lebih baik.
Kita boleh mengambil contoh Imam Ahmad bin Hanbal, sewaktu dipenjara dan diseksa oleh pemerintah pada zamannya yang menganut fahaman Muktazilah. Beliau dipaksa untuk mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk.
Melihat penderitaan yang dialami oleh Imam Ahmad, ramai rakan-rakannya meminta beliau melafazkan sahaja apa yang dipinta. Ini bagi menyelamatkan dirinya. Rakan-rakannya memberitahu walaupun lafaz itu salah dari sudut akidah, tetapi ia dibolehkan atas nama rukhsah kerana menyelamatkan nyawa.
Imam Ahmad menolak permintaan tersebut. Beliau dengan tegas menjawab:

“اذا سكت العالم تقية والجاهل ينطق فمتى يظهر الحق؟”

“Jika ulama diam kerana menyelamatkan diri, dan orang jahil pula bersuara, maka bilakah akan terzahir kebenaran?”
Menunjukkan bahawa Ulama perlu berbeza dengan orang awam dalam mengambil sesuatu langkah.
Perkara ini boleh dilihat dari sikap keluarga Yaasir. Ammar bin Yaasir mengambil rukhsah dengan melafazkan kata-kata kufur untuk menyelamatkan nyawanya. Kerana Ammar pada waktu itu masih kecil, tidak berada pada kedudukan qudwah.
Berlainan dengan bapanya Yaasir dan ibunya Sumayyah, mereka tidak mengambil rukhsah melafazkan kufur, sebaliknya kekal dengan azimah. Akhirnya mereka berdua mati dibunuh daam keadaan yang sangat menyeksakan. Menjadi dua umat Islam pertama bergelar syuhada. Ini kerana mereka adalah qudwah kepada umat Islam lain.
Seminar Mimbar al-Quds, Istanbul

20 Syawal 1438

14 Julai 2015
(Alang Ibn Shukrimun)
Telegram:

telegram.me/AlangIbnShukrimun

Facebook:

fb.com/AlangShukrimun

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s