Catatan Bedah Buku TGHH

The Thinkers:

CATATAN BEDAH BUKU TGHH : RINGKASAN SEJARAH GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA
Oleh : Dr Zuhdi Marzuki
1. Buku ini ditulis oleh TGHH dalam bahasa arab bertujuan untuk memberikan penerangan kepada dunia dan khususnya pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia mengenai susur galur sejarah dan perjuangan Gerakan Islam (PAS) di Malaysia.
2. Penegasan yang ingin disampaikan oleh TGHH dalam buku ini ialah, sejarah Gerakan Islam di Malaysia sangat berbeza dengan dengan sejarah Gerakan Islam di luar Malaysia sepertimana yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, Refah di Turki dan beberapa Gerakan Islam di negara lain.
3. Sejarah kebangkitan Gerakan Islam di Malaysia bukanlah bermula selepas jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di Istanbul pada 3 Mac 1924, tetapi sejarah kebangkitan Gerakan Islam di Malaysia telah bermula sejak tahun 1511 apabila penjajah dari Barat telah meruntuhkan kerajaan Islam di Melaka. Ulama’ di Tanah Melayu telah bangkit melawan penjajah dengan segala kekuatan yang mereka ada secara berdikari demi mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu ketika itu.
4. Penjajahan Tanah Melayu telah membuka pintu kepada ancaman sekularisme dan ideologi yang bertentangan dengan Islam dalam hal ehwal pentadbiran dan pendidikan negara. Pada masa yang sama penjajahan yang dilakukan oleh British ini telah menyebabkan umat Islam di Tanah Melayu ketika itu merasakan mustahil untuk mereka memerintah negara sendiri di samping konflik perasaan rendah diri yang melampau.
5. Dalam usaha membebaskan negara daripada penjajah barat, Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 14 Mac 1948 di Gunung Semanggol dan lumpuh apabila para pemimpinnya ditangkap secara besar-besaran oleh penjajah barat pada bulan Ogos 1948 di bawah Ordinan Darurat 1948.
6. Sejarah kebangkitan Gerakan Islam di Malaysia dikembangkan lagi dengan Persidangan Alim Ulama’ Se-Malaya yang pertama di Muar pada 21-22 Februari 1950 dan Persidangan Alim Ulama’ Se-Malaya yang kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Perbincangan dalam persidangan kedua ini telah dipengaruhi oleh bekas-bekas anggota Hizbul Muslimin dan telah bersetuju untuk menukar nama organisasi mereka kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).
7. Di dalam buku ini juga, TGHH telah merekodkan peranan PAS sebagai Pentadbir Kerajaan Negeri di Kelantan, sebagai rakan tahaluf dengan semangat 46, PAS sebagai Kerajaan Malaysia bersama UMNO, PAS sebagai Gerakan Dakwah, dan sumbangan PAS dalam bidang pendidikan melalui pondok, madrasah dan sekolah agama.
8. Dan yang terakhir, TGHH melalui buku ini telah menggambarkan  situasi sebenar politik semasa di Malaysia. Bermula dengan peranan Institusi Diraja, komposisi umat Islam yang majoriti, keadaan umat Islam Malaysia yang berpecah kerana perkara cabang dalam Islam, dan kelemahan umat Islam Malaysia dalam bidang ekonomi dan politik kenegaraan.
9. Al Fadhil Dr Zuhdi Marzuki pada akhir diskusi telah memberikan pesanan kepada kita semua agar melihat sesuatu isu politik yang berlaku hari ini bukan sekadar dengan melihat isu semasa sekeliling yang timbul tetapi mestilah dilihat dengan gambaran ‘big picture’ melalui sejarah yang telah terlakar dalam negara kita.
Sekian. Terima kasih.
Catatan:

Muhammad Faizzuddin Mohd Zai

Naib Presiden 1 GAMIS
#IAPU2017

#PertahankanKelantan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s