Konflik Mufti di Kedah

KONFLIK DIANTARA  MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH

& JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH

Petang tadi saya sempat menziarahi guru sy yang mulia, salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. Dalam pertemuan itu, beliau berkongsi dengan sy beberapa perbincangan yang telah diputuskan keputusan oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah. 
Tapi suatu perkara yang sangat memeranjatkan saya ialah konflik yang berlaku diantara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah & Jabatan Mufti Negeri Kedah, sehinggakan timbul beberapa arahan agar kakitangan di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah supaya tidak berkerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Kedah, malah yang lebih menyedihkan apabila terdapat pihak- pihak tertentu cuba menggunakan kuasa politik untuk memberhentikan Sahibus Samahah Dato Mufti Kedah dari jawatan mufti.. Ini satu berita yang amat menyedihkan kita sebagai umat Islam khususnya di Negeri Kedah..
Ketegangan diantara Jabatan Mufti Negeri Kedah Vs Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah semakin memuncak semenjak isu pertukaran jawatan Timb Mufti Negeri Kedah yang tidak diluluskan. Ini kerana, pertukaran yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu untuk jawatan timbalan mufti dibuat tanpa mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Untuk makluman kita semua, Syeikh Mawarzi memegang Jawatan Timbalan Mufti sejak penubuhan Jabatan Mufti Negeri Kedah. Dan beliau amat berpengalaman dan bertanggungjawab untuk membantu Mufti dalam selok belok pentadbiran. Apa kewajaran untuk menukar beliau??…
Mengikut ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARULAMAN) 2008, jawatan mufti dan timbalan mufti merupakan jawatan eksekutif yang dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, dan penamatan perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti hanya boleh ditamatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Akan tetapi ada cubaan untuk meletakkan calon timbalan mufti tanpa perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, perkara inilah yang dipersoalkan oleh Sahibus Samahah Dato Mufti Kedah. Oleh kerana itu jugalah, ada pihak-pihak yang merasakan Sahibus Samahah Dato Mufti cuba menghalang mereka dari pegang kerusi tersebut.
Sehingga sekarang isu ini masih berlanjutan dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat untuk memegang jawatan timbalan mufti dan mungkin berhajat menjadi mufti, maka pihak tersebut menggunakan kuasa politik dengan cara menamatkan dulu kontraks Sahibus Samahah Dato Murshid Diraja Dr Syeikh Muhamad Baderudin yang merupakan seorang pakar Hadis dan seorang yang berpegang teguh dengan manhaj AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di negeri Kedah dari terus menjadi Mufti.. Dengan cara ini sajalah mereka boleh masuk ke Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk menjawat jawatan penting dalam Hel Ehwal Agama Islam Negeri.
Hatta sampai sekarang golongan ini terus menerus menggunakan pengaruh politik untuk tidak menyambung kontrak S.S Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri yang telah  berakhir..  Menurut guru sy yang mulia yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri mnjelaskan bahawa pihak-pihak ini sebenarnya berhajat dan berminat dengan kerusi timbalan mufti dan seterusnya berhajat untuk menjadi mufti. Dengan jawatan tersebut juga mereka berkuasa untuk membawa masuk rakan-rakan mereka yang lain untuk memegang jawatan penting dalam agama. Yang amat membimbangkan kita, terdapat beberapa tokoh agama di Negeri Kedah yang cenderung denga  Fahaman Wahabi berusaha untuk membawa masuk fahaman ini ke Negeri Kedah..!!!!!
Penangguhan penyambung kontrak untuk Jawatan Mufti & Ahli Majlis Fatwa Negeri telah memberi kesan dan  menjejaskan pelbagai isu untuk dibincangkan kerana Ahli Jawatankuasa Fatwa yang tidak diberi perlantikan tidak sah untuk menghadiri mesyuarat fatwa negeri… malah keputusan fatwa juga tidak boleh dilakukan kerana kontrak sambung perkhidmatan mufti tidak dilakukan… Dan sehingga sekarang Sahibus Samahah Dato Mufti & Ahli Majlis Fatwa tidak menerima sebarang surat penyambungan kontrak. Apakah pihak pemerintah negeri & Exco Agama Negeri tidak tahu???…
Ini sesuatu yang amat memalukan kerana terdapat sebahagian agamawan yang memegang jawatan dalam institusi agama sanggup untuk menjatuhkan orang lain semata-mata kerana inginkan sesuatu jawatan walaupun mereka tidak berkelayakan. Malah, lebih menyedihkan juga terdapat tokoh-tokoh politik sanggup berkerjasama untuk memusnahkan institusi mufti yang merupakan institusi yang sangat penting untuk umat Islam.. 
Oleh itu, saya menyeru umat Islam di seluruh negeri Kedah untuk mendoakan kesihatan Sahibus Samahah Dato Mursyid Diraja Dr Syeikh Muhamad Baderudin dan seluruh kakitangan Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk menjalankan urusan melibatkan Hal Ehwal Agama. Dan sy juga menyeru Dato Rawi selaku Exco Agama Negeri dan Menteri Besar Dato Seri Ahmad Bashah agar menyelesaikan terlebih dahulu urusan-urusan yang melibatkan penyambungan kontrak di Jabatan Mufti Negeri Kedah agar segala urusan di Jabatan Mufti berfungsi seperti sedia kala.
Dan sy juga menyeru kepada semua NGO-NGO Islam tampil menyokong Sahibus Samahah Dato Mufti untuk kekal menguruskan Jawatan Mufti untuk Negeri Kedah Darulaman. Ini kerana, beliau memiliki latarbrlakang akademik dan ilmu yang mencukupi sebagai Mufti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s