Gerakan Islam Lemah Kerana Meninggalkan Pembudayaan Ilmu – Siri 1

Gerakan Islam tumpul kesan meninggalkan pembudayaan ilmu 
siri 1 : Kepentingan Ilmu Menurut Alquran Dalam Pemerintahan
Umat Islam secara asasnya merupakan golongan yang bertamadun, terdidik dan berdisiplin. Betapa Islam dan ilmu itu disekalikan, sehinggakan wahyu pertama yang diturunkan berkaitan dengan ilmu. Tidak kira ilmu tersebut berbentuk maqruah(bacaan) ataupun manzurah(pengalaman/lapangan)
»Pentadbiran dan Ilmu 
Didalam pentadbiran pula, Allah menegaskan kepimpinan mestilah dari kalangan mereka yang berilmu. 
Firman Allah : 
(وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوا أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)

[Surat Al-Baqarah 247]
Maksudnya : 

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
Dan Allah berfirman lagi : 
(وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ)

[Surat An-Naml 15]
Maksudnya : 
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”.
Organisasi yang tersusun mestilah mempunyai pentadbir yang memahami alat (ilmu) penilai bagi mengurus segala gelombang yang dihadapi. Perkara ini ditegaskan melalui peringatan Nabi SAW berkenaan kesan melantik golongan ruwaibidhoh sebagai pemimpin. 
Perkara ini juga telah dihuraikan oleh TG Presiden kita didalam kitabnya ( Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah ) berkenaan ciri-ciri sebuah organisasi. Didalam bab ke 8 subtopik D beliau menekankan antara ciri-cirinya, “Organisasi itu hendaklah mempunyai ilmu” . Tambahan lagi beliau juga turut menekankan didalam bab yang seterusnya.
» Jenis Ilmu 
“Ilmu yang dimaksudkan disini ialah ilmu yang menjadi jalan untuk memahami sesuatu bermula dari dasar yang menjadi pegangan juga melaksanakan sistem yang diperjuangkan disamping menyampaikan apa yang diperjuangkan, ilmu yang sebenarnya ialah daripada Allah SWT, daripada sumbernya hendaklah digali oleh pimpinan dan pengikut sehingga jama’ah itu dapat menguasai peraturan tabi’i dan menggunakan segala kekuatannya.” ¹
» Sumber Ilmu 
Wajib keatas umat Islam memahami dan menggali ilmu berdasarkan sumber utamanya iaitu nas-nas Alquran dan Hadith yang telah diturunkan sebagai panduan hidup manusia. 
Nabi SAW memperingatkan kita betapa pentingnya sumber ilmu diambil dari asas Islam didalam hadith berikut. 
ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻏﻀﺐ ﺣﻴﻦ ﺭﺃﻯ ﻣﻊ ﻋﻤﺮ ﺻﺤﻴﻔﺔ ﻓﻴﻬﺎ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻮﺭﺍﺓ ﻭﻗﺎﻝ ﺃﻓﻲ ﺷﻚ ﺃﻧﺖ ﻳﺎ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﺨﻄﺎﺏ ﺃﻟﻢ ﺁﺕ ﺑﻬﺎ ﺑﻴﻀﺎﺀ ﻧﻘﻴﺔ، ﻟﻮ ﻛﺎﻥ ﺃﺧﻲ ﻣﻮﺳﻰ ﺣﻴﺎ ﻣﺎ ﻭﺳﻌﻪ ﺇﻻ ﺍﺗﺒﺎﻋﻲ (رواه البيهقي)
Sesungguhnya Nabi SAW memarahi saidina ‘umar memegang lembaran dan padanya ada petikan dari kitab taurat. Sabda Nabi SAW : Adakah engkau memiliki rasa syak terhadap ajaran aku, Demi Allah! jika saudara aku Musa masih hidup, dia tiada pilihan lain melainkan mengikuti ajaranku.
» Memilih guru yang betul 
Asas dalam menerima ilmu terutamanya ilmu agama.
Kata Saidina Ali Rdh.

انظروا عمن تأخذون هذا العلم فإنما هو الدين
”Lihatlah dari siapa kalian mengambil ilmu ini, karena ia adalah dien/agama” 
Muhammad bin Sirin berkata :

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
”Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka lihatlah dari siapakah kalian mengambil agama kalian”
ﻳﺎ اﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺩﻳﻨﻚ ﺩﻳﻨﻚ ﺍﻧﻤﺎ ﻫﻮ ﻟﺤﻤﻚ ﻭﺩﻣﻚ ﻓﺎﻧﻈﺮ ﻋﻤﻦ ﺗﺄﺧﺬ ﺧﺬ ﻋﻦ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺍﺳﺘﻘﺎﻣﻮﺍ ﻭﻻ ﺗﺄﺧﺬ ﻋﻦ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻣﺎﻟﻮﺍ

”Wahai Ibnu ’Umar, agamamu ! agamamu ! Ia adalah darah dan dagingmu. Maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambilnya. Ambillah dari orang-orang yang istiqamah (terhadap sunnah), dan jangan ambil dari orang-orang yang melenceng (dari sunnah)”
» Media Sosial ancaman terhadap pembudayaan Ilmu 
Kewujudan media sosial membantu dalam sesetengah aspek. Namun begitu, kewujudannya juga menyebabkan sebahagian manusia malas membaca bacaan berat, sebaliknya gemar mempercayai sesuatu perkara hanya berdasarkan persepsi bukan fakta. Selain itu,  sebahagiannya mudah terpengaruh dengan sumber luar selain sumber Islam. Gagal menilai dengan panduan wahyu.
Nota kaki : 

¹ Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah. Bab 8, Subtopik D. m/s:201-202
Muhammad Bazli Bin Badarudin

11 Julai 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s