Psikologi dan Falsafah Etika

PSIKOLOGI DAN FALSAFAH ETIKA
Psikologi, dalam makna asalnya, bermaksud “the study of the soul” atau ilmu jiwa- “psyche” bermaksud jiwa. Matlamat ilmu ini, dahulu, sebenarnya adalah untuk mengenali ‘diri’ sosok makhluq yang dinamakan sebagai insān. Tujuan akhirnya adalah supaya kita dimungkinkan untuk tahu apa yang harus dibuat dengan ‘diri’ yang ada ini.
Dan “untuk tahu apa yang perlu dibuat” ini ialah ilmu etika. Maka, dengan mengenali ‘diri’, kita dapat tahu bagaimana untuk beretika. Sepanjang sejarah, terdapat beberapa contoh bagaimana faham ‘diri’ itu membentuk faham etika.
Dalam era klasik, Aristotle memahami ‘diri’ manusia sebagai terdiri daripada tiga kekuatan jiwa: vegetative, animal, dan rational. Semakin tinggi darjah hidupan, semakin banyak kekuatan yang ia miliki: tumbuhan (vegetative) dan haiwan (vegetative + animal). Lebihnya ‘diri’ manusia berbanding hidupan lain ialah dia disempurnakan dengan kekuatan rasional dan itulah yang membentuk hakikat manusia (sebab itu insān ditakrifkan dengan “rational animal”).
Oleh yang demikian, kehidupan manusia hendaklah dipandu untuk memelihara keseimbangan antara semua kekuatan ini- dengan mengutamakan maslahah akal berbanding yang lain. Dan kekuatan² yang lain hendaklah ditundukkan untuk tujuan itu.
Untuk itu, Aristotle “menggariskan theory of golden mean” sebagai panduan etika. Insān hendaklah memupuk peribadi yang cemerlang dengan “temperance”, “courage”, “prudence”, dan “justice” sebagai nilai² diri. Tujuannya? Dengan keseimbangan jiwa, insān akan mengecapi kebahagiaan (eudemonia/ sa’ādah/ happiness).
Justeru, Islām mengajarkan penganutnya untuk mengenali diri mereka. Kerana dengannya, baru kita akan mengenali Tuhan. Dan kemudiannya mengetahui implikasi moral nya, yakni ‘Ibādah.
— Yusra Hulaimi
Fb: *Baytul Hikma*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s